Selasa, 29 November 2011

Ampunkan dosaku!

Belum sempat nak beri nama, dah mati.hmmm...tapi kematian si kecik membuat aku terfikir..
Apa dosa kau..kesian kau kucing..!
Saat kau nazak, bertarung meninggalkan jasad..ohh..menggeliat,terberak-berak..arghhh..kau cuma anak kucing..aku tak mampu nak hadap kau..sedih sampai sakit kepala aku..rasa berdosa pula
Biarlah..aku doakan kau pergi dari kau terseksa menanggung sakit
Cuma..aku terfikir..kita manusia, lebih banyak dosa..tentu lebih seksa..bagaimana rasa tercabut nyawanya nanti
Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunkan dosaku
Matikan aku sebagai seorang Islam yang beriman

Semoga anak mama sihat sediakala

Alhamdulillah
Mama doakan Dhia Arissa Imaan sihat semula
Mama doakan supaya Dhia boleh senyum seperti biasa
Ketawa seperti biasa, manis macam mama
Insyallah ya.

Khamis, 10 November 2011

OK

OK
aku dah tau
aku dah nampak
cukuplah sampai sini
semoga berbahagia

Rabu, 9 November 2011

Lari dan kembali

Larilah jauh-jauh
Sejauh mana kau mampu
Senyap lah sesenyapnya
Selagi mana kau mampu membisu

Aku perhati dari jauh
Aku takkan kejar
Aku tak perlu kejar
Kerana kau berlari dalam bulatan
Dan pulang kepadaku

Selasa, 8 November 2011

Bilakah..

hari ini seperti biasa
macam hari yang lepas-lepas
kelihatannya aku gembira
tapi di hati aku berkata
bila kan bersatu kembali...

balik ke rumah nanti
aku lupa semula
sebab dah jumpa suami
dah jumpa anak-anak

esok..aku pasti ingat kembali..berulang sehingga bersatu kembali

Selasa, 27 September 2011

RELA

Tak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan

Kegersangan sekeping hati
Mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini

Aku yang terbuang
Sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini

Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela

Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerna
Aku masih lagi setia padamu
Biar ku menangis seumpama pengemis

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidupku


RELA oleh Tila

Tolong ingatkan insan itu

Agak lama tak menjengah rumah ni
Apa khabar jiran-jiran
semoga 17 jiran-jiranku sihat-sihat belaka
dan rasanya tak terlewat nak ucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin

Kawan,
Hati saya tidak begitu gembira kebelakangan ini
Hati saya disentap,dirobek dan dicampak sana sini
Pagi raya itu, saya sungguh terkedu
Yang sepatutnya ada rasa bahagia
Yang sepatutnya ada rasa keriangan

Kawan,
Insan yang melahirkan saya
Yang amat saya cintai
Tidak seperti yang selama ini saya kenali
Berubah sekelip mata

Kawan,
Mana mungkin saya lupa insan itu
Yang dodoikan saya
Yang pimpin tangan saya
Yang dokong saya
Yang mandikan saya
Yang pakaikan saya
Yang besarkan saya
Sehingga berulang melakukan yang sama
terhadap anak-anak saya

Kawan,
Saya sedih
hati saya remuk,hancur,berkecai
Sebab insan itu seolah tidak mengenali saya
Seolah saya tidak mengenali insan itu

Kawan,
Saya tak mahu jadi derhaka
Saya telan segala kata-kata insan itu
Saya turutkan sahaja
Walaupun setiap kata sangat mengguris
Walaupun setiap patah sangat berbisa

Kawan,
Saya kecewa bila insan itu
Melayan saya endah tak endah
Saya rasa seperi anak yang bukan lahir
Dari perut insan itu

Kawan,
Saya akan cuba usaha dan tawakal
biar bermandi darah
selamatkan insan itu
yang tertutup hijabnya
yang tertutup pandangannya
oleh manusia yang tiada jiwa
oleh manusia yang tiada rasa
menutup pandangan dan kasih sayang untuk saya.


sumber:google image

Jumaat, 5 Ogos 2011

Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka,Jangan Lupa Sahur

Alhamdulillah
Hari ini masuk lah 5 hari umat Islam menunaikan rukun islam ke 3.
Walaupun masuk 5 hari tapi dah dua kali aku terlajak sahur.Nasib baik dah niat awal.
Yang kesian pada anak-anak lah.Kesian diorang.
Insyallah lepas ni takde dah terlajak sahur.Mudah-mudahan.
Hmmm..apa menu hari ini ya.Nasi dan lauk pauk sudah tentu ada.Tapi rasa cam nak makan Yong Tau Foo.
Tahun lepas beli kat Lorong Pandan, tgk lah petang ni kalau sempat boleh pergi jengah kejap.
Ok nak sambung keje walaupun takde keje.

Selasa, 19 Julai 2011

Terima kasih sayang

Kelmarin kau datang semula
Cuba menceriakan aku yang sudah cukup gembira
Terima kasih kerana kasih itu
Yang pernah aku kecap
Saat aku ketandusan kasih yang halal

Terima kasih sayang
Kita jangan ulangi lagi
Kita simpan sahaja
Kisah cinta kita

Isnin, 18 Julai 2011

Bola oh bola..ku sudah jatuh cinta

Dulu, boleh dikatakan aku tak minat sangat bola sepak.Tapi sedikit demi sedikit macam seronok.Pada awalnya terpaksa meneman suami tengok bola.Suami minat sangat team Arsenal.Minat sejak darjah dua katanya.Anak-anak pulak 3 lelaki dah tentu semua memang suka bola(sampaikan anak perempuan akupun suami belikan bola!).Jadi lama-lama aku pun jadi minat.
Baru baru ni team Harimau Muda lawan team Arsenal.Suami punyalah sedih sangat sebab tak dapat pergi sebab sakit mata jugak.Malam tu tercongok le kitorang depan tv nak tgk team kesayangan.Tapi tak kisah la siapa menang.Mcm ada supporters punya banner, GUNNERS IN MY HEART, TIGER IN MY SOUL.Memang tepat sekali.Walaupun pakai baju Arsenal tapi kita tetap sokong Malaysia.Tapi nak jadikan cerita takde live malam tu..HAMPEH!APALAH PUNYA ASTRO!!!ADA KE DIA TAYANGKAN LIVERPOOL VS GUANGZHOU???LIVE PULAK TU!
Suami punya la terkilan, termasuk lah aku..sepatutnya apa-apa perlawanan sekalipun melibatkan negara kesayangan kita MALAYSIA, buatlah LIVE!!!Macam-macam ASTRO kena kutuk dalam fb KELAB PENYOKONG TEGAR ARSENAL.Agaknya bila dah kena kutuk kaw-kaw, baru lah ASTRO buat live MALAYSIA vs LIVERPOOL.Alhamdulillah, menjerit bagai nak rak (aku yang lebih-lebih) bila Safiq dan Safee score 3-6.Takpe lah, 3-6 kira bagus jugak tau.Lawan LIVERPOOL, bukan lawan Kelab Bola Rumah Merah..hahaha.Bangga sangat!Caya la team Datuk Rajagobal! Lepas ni MALAYSIA vs CHELSEA pulak.Kalau tengok kat stadium masa tu, memang penuh Reds Team tapi tengoklah semua patriotik.Bila MALAYSIA score aje..yang sorak supporters yang pakai jersey THE REDS.Itu lah, don't judge the book by its cover.Bak kata pepatah dari banner supporters time GUNNERS main, GUNNERS IN MY HEART, TIGER IN MY SOUL.Ini baru tepat!Ehem..jangan pakai baju kuning sudah ya..hehehehe.
MALAYSIA KAN TANAH TUMPAH DARAH KITA..cuba nanyi balik lagi NEGARAKU.

Khamis, 7 Julai 2011

Dosa Lama itu

Dosa lama itu
Aku taknak ulang lagi
Aku dah janji

Tapi dosa lama itu
Kau ingat lagi
Aku tercengkam lagi

Ikhlaskah keikhlasan itu
Betul dulu aku bersalah
Belum tentu mana tercampaknya aku nanti
Tapi juga belum tentu tercampaknya kau di mana

Isnin, 27 Jun 2011

Sakit Mata

masuk hari ni dah 5 hari kena sakit mata.puas mengelak jangan la kena.dulu dah pernah kena.rasanya serik tobat taknak kena lagi.
tapi ye la, kita ni saper.Dalam punya berjaga, kena jugak.
Perit,berair je mata ni.Merah tak usah cakap.Harini kena lah mc lagi..tak tau berapa lama dapat mc.
Ya Allah Ya Tuhanku..pulihkanlah mataku ini supaya aku dapat menjalankan aktivti dan ibadah harian dengan sempurna.Amin

Rabu, 22 Jun 2011

.....shhhh

hmmm..
ahahhh...!
hmmm..
huh..?!!!
arghhh!
damn!
diam-diam je lah

Isnin, 20 Jun 2011

Kita tak berdaya lagi

Kadang, kita ingat semua orang suka akan kita.Bila berdepan semua angguk-angguk, geleng-geleng.
Kadang, kita ingat semua orang hormat kita . Bila berdepan semua ikut telunjuk.
Kita rasa senang hati apa dirancang disenangi semua pihak.
Tapi rupanya disebaliknya kita dicaci,dicerca.Berlagak kononnya kita macam pengarah.
Baik, kalau itu rupanya anggapan mereka kepada kita.
Kita pun tidak mahu bersusah-payah lagi
Kita rasa dah cukup dah selama ini
Bukan apa, kita hanya menyampaikan amanat.
Bukan apa, kita hanya menjalankan tugas kita.
Lebih baik kita fokus yang lain
Yang lebih penting dan munasabah.


P/S Ku takkan bisa menjadi lebih baik dari apa yang terdaya...

Ahad, 19 Jun 2011

Today and tomorrow

this morning
i felt so happy
energetic
supersonic

this afternoon
i felt like
failure
useless
hopeless
got no way to turn
got no shoulder to cry on

shouldn't i deserve it
shouldn't i have it
why
must i be that candle
i couldn't bear the flame anymore
burning my own self
nobody care
nobody realize it

i want nothing
i just want your love
your caress
your kindness
i keep bleeding
nobody sees
nobody wipe my tears
nobody understand me
i don't mind anymore
i know where i stand
i don't care what they do
i don't care what they say
but please don't bother me again
just leave me alone..alone!

tomorrow..nobody knows..it hurts so much

Jumaat, 17 Jun 2011

Takleh reply komen..huhuhu

Untuk semua kawan-kawan
Sedih sebab tak boleh nak reply komen korang (mcm banyak pulak)
kat ofis guna IE tak guna Firefox/Chrome/Google
jadi nak reply komen pun mcm pencuri je kena log in balik padahal nak reply dari post sendiri
Nanti kita reply kat umah eh..ala cayang bucuk2 intan payung sumer..muahhh!!

p/s thanks to tucintiut sebab jadi follower kita..muahhh..tiut awak

Khamis, 16 Jun 2011

Too excited

Jangan excited sangat
sabar..bawak bertenang
tarik nafas..tahan kejap..lepas..lepas nafas tau

Mulaaaaaaa.....opp..control skit
Jangan over, break skit.

P/S thanks to Pena Rozie and akuakuakusangpencinta jadi new followers.

Rabu, 15 Jun 2011

Segmen-Ceritakan Serba Ringkas Apa Ertinya Bahagia Kepada Anda

Ada segmen baru oleh blogger angah http://sentuhan-maya.blogspot.com/




Maksud ‘bahagia’ di dalam  http://prpm.dbp.gov.my/ ialah suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.
Apa yang selama ini yang dapat difahami bahagia sama sahaja sperti gembira.Kalau tidak gembira atau bahagia bermakna kita berduka. Bahagia dengan apa dilakukan, bahagia dengan pencapaian, bahagia dengan keputusan sendiri, bahagia bersama orang tersayang, bahagia bersama ibu bapa dan bermacam bahagia lagi.Malahan ada juga orang kurang siuman hidup bahagia, dirawat di Hospital Bahagia.
Pada awalnya aku fikir jika kita dapat membahagiakan suami kita bermakna ia suatu kebahagian juga kepada kita.Aku pernah merujuk kepada seorang ustaz mengenai kebahagiaan suatu ketika dulu.
Erti kebahagiaan kepada sebuah perkahwinan terbahagi kepada tiga faktor:-

1.       Kewangan
2.       Kepercayaan/kejujuran
3.       Cinta/Kasih saying

Dalam institusi kekeluargaan, jika tiada tiga faktor ini, tidak akan wujud kebahagiaan. 3 perkara tersebut perlu ada untuk mewujudkan kebahagiaan.Jika kekurangan satu faktor pun, maka tidak bahagialah seseorang itu. Cuba kita kaitkan satu-satu faktor tersebut.Cuba bayangkan kita ada kasih sayang dan kejujuran tapi dalam masa yang sama kewangan kita tidak menentu.Kita sayang sangat keluarga kita tapi kita malas bekerja dan tidak mahu bersusah payah memberi nafkah untuk anak isteri, sudah pasti mengundang pertelingkahan dan ungkit mengungkit. Juga cuba bayangkan, kita ada duit, ada kasih sayang tapi tidak jujur satu sama lain.Begitu juga jika kita tiada kasih sayang dan cinta maka tidak akan ada kebahagiaan walaupun punya jutaan ringgit.

Maka sekiranya kita ingin suatu kebahagiaan, pastikan ada faktor-faktor tersebut. Oleh itu, tentukanlah kebahagiaan kita dan berusahalah untuk membahagiakan. Tindakan ada di tangan kita, kita sendiri yang perlu untuk merubah diri sendiri dan jangan tunggu masa merubah segalanya.

Shhhh..jangan banyak cakap

Ummi,

You talked too much recently
You commented profusely
You exposed too much

Ummi,
Please shut up
Keep your mouth shut
Keep it to yourself
Look at your ownself

boleh ke..?

Isnin, 13 Jun 2011

HAZAMA..tiada tandingan!

Tahniah untuk Hazama atas segala usaha dan berkat kesabarannya, dia berjaya menjadi juara terakhir untuk Akademi Fantasia musim ke 9. Aku memang sangat-sangat gembira sebab bukan Fina yang juara. tapi tak sangka pulak Fina jatuh no 3? Tapi semua single yang finalist nyanyikan semuanya best2.Tapi paling best dah tentu HAZAMA!!! I Like!

Cinta Teragung -Hazama Af9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku




 

Show time

Menyampah
Meluat
Tolongla..please
Sedar ke tak
Aku meluat
Jangan show off please
Aku tak tanya
Aku tak korek
Tapi kau nak tunjuk
Aku taknak tengok
Tapi dah nampak pon
Tu lah..aku dah kata
Jangan bagitau aku
Nanti aku mengata
Padan muka kau
Hey aku..kau ada?
Haper pun takde..
Bye

Jumaat, 10 Jun 2011

Cerita itu jadi begini

Perlu kah jadi begitu
harus kah ada cerita itu
Setelah hampir 15 tahun lamanya
Tiada zuriat
Cuma kasih sayang
Kuat kah kasih sayang itu
Seperti mana 15 tahun dulu

Tiba-tiba dia berkasih
Dengan orang lain
Alasan tiada anak
Kurang kasih sayang
Mesti kah?
ataupun dah gatal
memang dah miang
macam kena sembota
makin garu makin sedap
bila nak berhenti
umur dah meningkat
rumah kata pergi
kubur kata mari
Cepat-cepatlah sedar
Kembalilah kau
Pada dia semula
Aduii..masalah kau..aku yang kusut

Doa buat Sahabat

Lama dah tak update.
Sebenarnya banyak nak diceritakan, nak diluahkan.
Bila nak type je, aku delete..bila nak publish je, aku delete lagi.
Blog saper..blog ni aku punya ke kau punya...

Aku doakan sahabatku semoga dikembalikan kebahagiaan kepadanya.
Kebahagiaan yang diambil oleh betina yang gedik.
Apa lagi aku mampu selain menasihati.
Selain rasa marah cuma mampu beristighfar dan berserah.
Sahabat, jadikan ini satu dugaan agar menjadi kuat.
Usah percaya sumpah janji orang yang dilanda jampi mistik
Carilah jalan janganlah mengeluh
Allah ada di sampingmu
Allah tahu kau kuat mengharunginya
Adakah ini bahagianmu
Adakah ini balasanNya

Hati-hati wahai sahabat
Air tenang tak tentu tiada buaya
Sambil menasihati diri sendiri
Jangan sampai makan diri
Jangan terlalu percaya
Jangan terlalu mengharap
Jangan terlalu memuji
Walau sayang seribu kali
Walau cinta setinggi gunung
Walaupun kau tak ingin berkongsi
Jangan mudah terpedaya
Dengan kesenangan dah kemewahan
Dengan kemudahan dan kealpaan

Sahabatku,
Aku sayang kau
Aku tak mahu menambah masalahmu
Sujud lah pada Allah
Mintalah apa saja kau mahu
Pohonlah apa kau ingin
Dia akan tunaikan
Janji kau bersujud padanya
Amin Ya Rabbal alamin

Jumaat, 27 Mei 2011

Taknak mengeluh

Rasanya dah beberapa hari aku tak update blog.Cuma dapat blogwalking je.Komen pun jarang-jarang.
Terlalu sibuk dengan kerja-kerja rfq dengan pelbagai tawaran projek yang belum tahu dapat atau tidak.
Tapi sekurangnya-kurangnya aku lega ada satu projek di Brunei akan dimulakan.
Okay, nak sambung kerja.Macam-macam RFQ yang masuk, nak uruskan mana patut.mana yang patut officer buat je..

Jumaat, 20 Mei 2011

Nur Kasih jadi tak best!

Acah je!
Malam tadi aku ngan suami tengok Nur Kasih the movie di GSC, Dataran Pahlawan. Aku sengaja ambik tiket pukul 10.25 malam supaya tak rushing sangat bila balik kerja dengan nak uruskan anak-anak. Lagipun nak watch filem ni pertama kalinya di sana.Usually aku suka watch movie kat MBO tapi bila buka website takde pulak tayangan Nur Kasih.Nak taknak sebab aku nakkkkkkkkk sangat tengok, aku pergi jugak la tgk kat GSC.
Aduhhhhh...potong stim je..aku terpaksa ambik mood balik sebab condition pawagam langsung tak menaikkan mood nak watch movie ni. Tapi aduhai..the cinema itself memang spoil lah! Lift provided kat sana sebiji je dan crowded pulak tu.Geram! sakit hati! Last-last turun tangga..5 tingkat tu!Nyesal pun ada sebab lepas beli tiket kat dataran, barulah tau kat GSC Aeon Bandaraya Melaka ada tayangan.
Dari perasan excited giler, jadi muram giler. Tapi aku cover frustration sebab taknak dengar suami kata.."haa.. tu lah..org ajak hari sabtu taknak.!" So, kitorang tengok lah Nur Kasih..ceritanya pada awalnya memang agak membosankan sampai aku tercari-cari mana klimaks cerita tu.Toleh sebelah, suami dah krohhh..krohhh..adesss!!!dia tido pulak!Lagi la bosan!
Anyway nasib baik cerita ni best jugak.Memang demam balik la.Sekarang pun rasa demam ni.Nak keluar panggung pun bleh meleleh2 air mata lagi walaupun aku tahan tak kasi jatuh air mata tu.Aduhhh..fail! Jatuh  jugak! Kalau boleh nak layan tengok sengsorang..tapi tak reti lak nak tengok sengsorang.
Cuma rasanya kalau Nur Kasih ni ditambah lagi setengah jam pun ok lagi sebab ada babak yang aku tak berapa nak paham..tertanya-tanya jugak kenapa..apasal jadi camni..Anyway congrates Nur Kasih the movie sebab rasanya dah lama tak keluar cerita cinta hot camni since Sembilu.Agak-agak brp collection dapat?

Rabu, 18 Mei 2011

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

tadi ben suh jawab soalan ni tak lebih dari 100 patah perkataan, sebelum kul 6, so sajer je masuk sebab tajuk dia mmg aku rasa ramai berebut nak jawab dan akupun suka nak jawab bab2 nih!ben suh jawab dengan bahasa yang lembut..bleh ke lembut..hehehe
 
" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? "

Saya setuju sangat wang hantaran memang perlu disediakan oleh pihak pengantin lelaki 100%.Sudah menjadi lumrah semenjak zaman datuk nenek kita wang hantaran disediakan pihak lelaki. Tidakkah kaum lelaki berasa bangga dan hebat sekiranya dapat menyediakan wang hantaran tersebut untuk bakal pasangan hidupnya tanpa perlu menyusahkan pihak pengantin wanita.Wahai kaum lelaki, jadilah lelaki sejati.Dari situ kita sebagai kaum wanita boleh menilai sejauh mana kekuatan, kepimpinan dan ketulusan pihak lelaki yang sejati dalam kehidupan rumahtangga yang bakal dibina dan dipimpin sehingga akhir hayat.


Surah Al Kautsar


Surah  Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah tetapi dizalimi.

Selasa, 17 Mei 2011

16 tahun..

Rindu sangat ngan abah..
bila sakit je rasa nak lari kat abah
bila sedih nak pinjam je bahu abah
bila orang lain tak faham, nak tengok je senyuman abah
masa mula-mula abah takde
ebi selalu tido ngan kain pelekat abah
sampai sekarang ebi masih rindu abah
walaupun semalam dah 16 tahun abah tinggalkan ebi
ebi takkan lupakan abah
ebi doakan abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang beriman
rindu abah..!

Khamis, 12 Mei 2011

Yakss..!

Aku ada info baru.Baru tak baru la.tapi aku baru tau.tak tau lah kalau korang dah tau.
Sekarang ni kan macam-macam penyakit datang.Padahal macam2 precautions kita dah buat. Rupanya ada satu perkara yang baru aku tau ni rupanya punca kenapa kita dapat demam berulang dan sebagainya.
Sorry la ya, kalau korang geli..tapi nak citer jugak.Ni pasal toilet flush.Ahhhaaaa..!!Pelik kan?Kenapa toilet flush?
Dalam sebulan lepas aku tertekan satu channel, tak pasti channel mana satu, tapi yang pasti Discovery Channel. Mengenai implikasi toilet flushing.Rupanya, lepas kita flush apabila kita membuat ya qadzial hajat tu, ada mist yang memang kita tak boleh tengok dari mata kasar.Mist tu dikesan boleh mencapai tahap kepala malah boleh mencecah 20 kaki dan mampu menyebarkan bakteria dan virus.Cuba bayangkan bilik air kita besar mana.Dalam bilik air pulak ada toothbrush..(eeeeeee..yak keee), bakteria pulak parking kat toothbrush, kita pulak gosok gigi..wah macam bersih...!!!hehehehe(gelak gelak jugak!kesihatan kena ambil berat).Bakteria dan virus tu semua boleh pergi ke meja makan, ke pakaian kita, ke pinggan mangkuk kita, botol susu anak kita dan macam-macam lagi.
Jadi..untuk tidak menambahmudaratkan kesihatan kita, TUTUP SEAT LID  ketika kita flush untuk mengelakkan penyebaran benda-benda tak sihat ni.
Oklah..rasa lega bila dapat share knowledge ni ngan kawan-kawan..well..sharing is caring!
ini bukan bakteria tau..ini kucing cute..meoww!jangan tiru aksi ini di rumah!

Rabu, 11 Mei 2011

Pergi,pergi,pergi..Engkau pergi dari hidupku ini

Email 5Mei 2011
Apa tujuan dia?Aku pun tak tau.
Apa motif?Entah tak pasti.
Kekasih..?siapa..?aku....?bukan...kau silap
Dah dah la tu..pergi je..aku tak suka..aku tak perlukan tu

"HI SAYANG, R***K  MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR BUAT KASIH YANG DI CINTAI..."
 
lagipun bukan birthday aku..
ke salah send?
 

Selasa, 10 Mei 2011

Jangan main mandi je..!

Dah sarapan belom?
Baik gi sarapan, biar berat jangan tak breakfast langsung.Pagi tadi sempat bukak MHI, info baru untuk aku, sesiapa yang tak ambil breakfast, otak akan mengecut!hehehehe...

Pagi tadi bangun pagi bau benda terbakar je, bukak pintu je jerebu. Aduh...asal panas je jerebu, asal jerebu je panas, ni mesti ada hutan terbakar lagi. Dah lah panas, kena lak hidu udara kotor. Sampai ofis pun camtu, duk dalam bilik air cond pun boleh terbau lagi jerebu asap tu lagi.

Tahun lepas cuaca panas seawal bulan Februari dan Mac seterusnya bulan April.(aku ingat sebab masa tu tengah sarat mengandung..berpeluh2 sepanjang masa) tapi tahun ni lambat pulak. Jadi bila musim panas ni, semua perkara buat serba tak kena..hati pun panas.Ikutkan hati  mati, ikut rasa binasa. Bila rasa nak marah musim2 panas ni, minum air masak seteguk, hilangkan panas dalam hati, otomatik semua jadi sejuk.Kurangkan aktiviti luaran, banyakkan aktiviti indoor. Lagi satu kalau panas sangat, bila nak mandi tu, jangan main terjah ya..siram dulu kat kaki..baru naik ke badan pastu baru kepala. Sebab dah ada kes bos abang aku, tahun lepas time2 panas camni, dia mandi (guna shower offcourse), kejap2 mandi..last2 masuk hospital, masuk ICU keesokannya meninggal dunia.

p/s bulan ni bil letrik mesti tinggi sebab kerap guna aircond, takpe..cik abang bayar..lalalalala....!!

Sabtu, 7 Mei 2011

Coklat Cadbury untuk mama..

"Mama..! adik ada sesuatu untuk mama."
Berlari adik keluar dari bilik...selang berapa saat adik masuk bilik semula.
"Nah..untuk mama..adik beli coklat untuk mama!"
"Eh..kenapa..?"
"Untuk hari ibu.."
"oohh..terima kasih tau..kenapa sampai dua keping?"
"takpe mama..duit adik banyak, adik ada kumpul duit"

adik beli coklat ni 2 keping kat petrol station sebelah sekolah  adik.sekeping RM4/-
Terharu aku sejak last 2 years..anak aku, Adzeem umur 11 tahun pandai ambik hati aku.Romantik pun ya jugak.Adik beli dua keping cadbury tapi aku suh dia makan ngan dany.Tinggal sekeping lagi tu.
Hmm..Hari ibu esok.tapi anak aku tak sabar2 nak celebrate untuk aku.Mama tak kisah, janji anak2 mama dengar cakap mama.Kalau semua baik, hari-haripun Hari Ibu.

p/s teringat ibu kat Pekan Pahang, Puan Hajjah Ramlah Rahim..selamat hari ibu...muahh..sayang ibu!

Khamis, 5 Mei 2011

Sebak...Sampai hati dia!

Dua tiga hari ni macam-macam berita dengar, pasal osama terbunuh yang sahih atau tidak, dengan cerita tunang kena bunuh, dengan cerita minyak ron97 naik harga.Tapi cerita paling meruntun hati aku ialah pasal 3 beradik yang mati kat Ulu Bendul. Semua perempuan lak tu. Aku tak kesian kat bapak diorang ni yang sama-sama hanyut tu(tapi hidup ya, kawan wanita dia pun hidup). Memula kesian gak dengar, tapi bila dengar berita radio "bapanya dan kawan perempuannya"..aku mula rasa sakit hati sangat. Sebab ingatkan diorg berkelah ngan parents diorang.Sangat-sangat sakit hati. Tapi itu perasaan aku, perasaan ibu kandung pada anak-anak tu macamana..(rasa nak meraung je ni..). Si ibu dah lah bercerai ngan suami, suami hilang..anak pun hilang!tiga-tiga mati.mana ibu ni nak menumpang kasih anak-anak lagi.kalau sorang je mati..masih ada dua..adesss..pedih jiwa raga aku.Sedih..dah la..korang yg ada anak-anak..tolong jangan aniaya anak-anak atau pasangan masing-masing ya..ya mungkin dah ajal maut di tangan Tuhan, tapi tolonglah jangan buat macam ni.Boleh jadi fitnah, macam-macam andaian orang boleh beri.
Kepada ibu Nursyaza Alisa Said Ahmad dan Nursyaza Azera ..tabah dan sabar..kuatkan semangat.Anak-anakmu menantimu di sana.Kita doakan semoga mayat Nur Shakinah dapat ditemui.Al fatihah.

gambar dari harian metro 5/5/2011

Rabu, 4 Mei 2011

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

image




SAYA DAPAT BANNER NI DARI http://www.benashaari.com/
  1.  Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Selasa, 3 Mei 2011

Serabut di pagi selasa

Kau patut bersyukur.Jimat-jimat la belanja.Jangan boros.Kau tukarlah kereta lain.Kau jangan belanja besar.Simpan-simpan sikit.
Aku dah naik bosan, muak,jelak dengar ayat-ayat nasihat yang lebih menjurus cemburukan aku.
Memang aku bersyukur, aku masih bekerja dan dapat gaji walaupun tak seberapa.Jimat-jimat?Aku berbelanja pun sampai orang kata aku kedekut dan berkira.Jangan boros?ishh mengarut....tukar keter?memang la nak tukar..tukar lagi besar, anak pun dah empat.orang lain pun tak dapat nak menyelit tumpang.Belanja besar, mesti kena belanja besar..belanja dalam rumah, biar penuh beras dalam tong, biar ada stok minyak, biar ada milo, ada susu, ada ikan, ada ayam..kami tak makan luar sangat...ibu pesan beras dalam tong jangan biar kosong.Semua barang naik harga tapi gaji tak naik-naik.Ingatkan malas nak fikir tapi sesekali fikir jadi serabut.
Tiap-tiap hari fikir macamana earn extra money.Tadi laluan ke pejabat nampak advertisment.Hmm.macam menarik!Nanti aku call.

Jumaat, 29 April 2011

Cegah sebelum parah..!

Biasanya hari jumaat bila rehat dua jam aku memang balik umah balun tido.Tapi hari ni tak balik, sebab tak boleh nak balik, nak balik pun memang tak boleh balik..sebab kereta suami guna untuk pick up Mirza dari asrama. So pagi tadi keje mintak tolong adik ipar hantarkan.Yang follow sekali, ibu ngan anak-anak buah, Damia n Hasiff. Ibu dapat cuti seminggu dari abah so dapat la bincang topik2 terhangat di pasaran..hehee

Jadik apa lagi..!, kebetulan zack pun tak balik break dua jam ni, kitorang pun lepaklah kat ofis.Dalam lepak2 sempat bercerita pasal family planning. Aku kalau boleh memang nak plan baekk punya supaya tak termengandung lagi.Maklum le, umor dah meningkat remaja senior..hehehe..rasa-rasanya dah cukup-cukup lah dengan 4 anak, 3 lelaki, 1 girl. Kira ok la, kalau angkat meja tu, dah stabil!

Sebelum ni memang aku sumpah tak pernah makan pun pil perancang!Pandai-pandai sendiri je.Aku tengok ada tiga empat jenis cara nak plan, antaranya Pil, Kondom,Suntikan, IUD, IUS (apa tu?), Implan. Hishhh..seram je dengar especially IUD.

Aku ingat nak ambik Pil Yasmin, sebab tengok ramai yang rekemen pil ni.Kebaikannya tidak ganggu berat badan, period tak terganggu, hormon tak terganggu dan boleh cantikkan kulit kita.Dan seterusnya terus disayangi suami..hehehe..muah muah muah!!! Harga nya mmg mahal skit tapi takpe kot, bukan apa ini untuk kesenangan dan kebahagian kita dan suami kita..!!!Bukan apa, aku nak jaga balik prestasi balik, nak naikkan saham balik, nak tambah kualiti kehidupan...ya, lagi sekali, bukan untuk sesiapa yaaa..untuk suami kita!! Lagipun aku risau sebab sejak berat badan meningkat ni, buat aku sakit kepala memikirkan.Jadi, aku nekadlah nak guna Yasmin. Time anak dara dulu 45kg, lepas salin sulung, jadi 51kg, salin anak no 2, jadi 52kg, salin anak no 3, naik 56kg..masuk anak no 4..ya ampunnnnnnn!!! naik 64kg..cer citer cer citer!

Untuk yang belum kawin, jangan salah guna ya, nikah dulu sebelum kawin.Untuk yang dah kawin and kawal-kawal production, plan betul-betul..jangan dah jadi baru nak fikir camner nak  buang.Astaga..dosa tau tak! Kalau dah kawin tapi takde anak, tak payah la rancang camni, buat apa kawin kalau nak rancang unless sebab-sebab yang logik Dah tu, esok lusa bila nak anak,  Allah tak bagi jalan baru nak nyesal. Hmm macam aku ni, rasanya dah masa manjakan diri, manjakan suami.Masa untuk tengok anak-anak membesar, selain menanti Arissa bertatih ni.

Rabu, 27 April 2011

Buntu

Buntu
dengan masalah dia
masalah si polan
equal masalah aku?
Malas nak fikir
...nak enjoy
...nak lari je
...refresh!
jauh sudut hati..terbuku, serabut, bungkam, sedih, sepi

Isnin, 25 April 2011

Rasa nak sepak je!

Puan Setiausaha Eksekutif: Tolong beritahu kepada semua staff, mereka hanya boleh beli makanan di kantin apabila siren break berbunyi, ini arahan MD, semua patut patuh

Kakak Kantin : Baik

Puan Setiausaha Eksekutif : Jangan jual selepas jam 8 pagi

Kakak Kantin : (Dalam fikirannya : Bodoh punya perempuan)

dan pada jam 8.15 pagi..ring ring...

Kakak Kantin : Heloo

Puan Setiausaha Eksekutif: Tolong hantarkan nasi lemak ke bilik saya...

$#!@*&%!!

pakcik : perlukan bantuan kamu semua, pakcik kesempitan wang dan tiada sumber lagi

makcik: betul, bantulah seikhlasnya kerana kami tidak terdaya lagi

dia : insyallah, kami usahakan

suami dia: apa mak cik dan pakcik mau

pakcik : terpulang lah, pakcik terima sahaja..(sambil bergenang air mata)

kerana kasihankan pakcik dan makcik akibat ketidakendahan orang lain, dia dan suami cuma mampu beri yang termampu ..pinggan makan baru berjumlah RM100.00 untuk kedai makan baru pakcik makcik  yang dibeli di kedai 2 ringgit padahal suami isteri itu sendiri kesempitan.

seminggu kemudian, dia dan suami dia bertemu kembali untuk melihat perkembangan...

makcik : makcik nak bercuti di brunei dengan suami

pakcik : (senyum kambing)..jkami pergi dengan 2 pasangan suami isteri lain

dia dan suami : (terkejut)

makcik : dah tempah sebelum rancangan bukak kedai, naik kapal terbang ke sana

dia dan suami ternganga melopong.......???

Khamis, 21 April 2011

Selamat Hari Jadi Zack!

Semalam 20/4/2011, birthday Zahirah, best fren kat opis..thn lepas x dpt celebrate sesama sebab aku dalam pantang. Aku, kak hasrina, wanie, echah, kak zie and azad buat surprise bday untuk dia..tp wanie tak dpt attend sebab bawak nisa g check up.Sebabkan zack dah tau rentak kitorang, dia takde berapa nak surprise..hehee tapi kak zie and echah lak yang surprise sampai tak sempat nak nyalakan lilin masa zack masuk office .Jom layan gambau2 ni..,


bday momma ngan perut dia (tahun lepas pun camtu..hehehe)

spongebob cake

dari kiri, azad,echah,kak zie,kak hasrina, aku, bday momma zack

kak hasrina belanja domino's pizza


<>
potong leklok, jangan senget!


ambik berkat..aku takyah lagi!eksen je
untuk zack, selamat hari jadi ke 28, panjang umur murah rezeki, semoga persahabatan dan kejujuran kita sebagai sahabat berterusan ya...lap u! muahh!

Selasa, 19 April 2011

Mama dating jap je..

Mintak-mintak 19/5/2011 ni, plan nak tengok Nur Kasih the movie menjadik! Aku ada baca sinopsis dia tapi malas nak citer sini, nak tau pergi je tengok sendiri.
Plan nak pergi ngan suami je..anak-anak duduk rumah ya.Mama nak dating ngan abah kejap je.

Isnin, 18 April 2011

Melayu jadi Mekasa..boleh?

Hari ini tetiba je rasa sayuuuuuuuuuuuuu sangat dengan sikap orang Melayu kita. Semakin lama ada yang semakin sombong, semakin lupa diri, lupa asal usul. Dah lupa ke dengan perjuangan datuk nenek kita dulu-dulu macamana nak selamatkan Tanah Melayu dulu?Kita bukan hidup menumpang di bumi orang, kita bukan hidup berhijrah dari negara lain ke ke Tanah Melayu.Kita ada negara kita sendiri.Semua hasil bumi ada, sampaikan macam-macam bangsa dan negara datang nak jajah Tanah Melayu masa tu. Tapikan..aku tengok, aku perati je..aku fikirlah kan...sampai bila negara Malaysia yang kita cintai ini akan kekal di perdana menterikan orang melayu?Aku pun taklah pandai politik, tapi aku tengok dari sudut hati dan akal aku sendiri.Even sekarang pun ada yang cuba untuk menidakkan keistimewaan Melayu. Orang yang menidakkan tu pun orang melayu kita jugak. Apa dah jadi?Apa nak jadi?Kat Malaysia, apa yang aku tahu tanah Melayu kita ni, orang yang paling kaya ialah orang Cina.Dalam sepuluh terkaya kat Malaysia pun ada sorang je Melayu yang kaya.Alhamdulillah.Tapikan, jauh sudut hati aku, aku takut sangat sebab bangsa lain lebih kuat dari segi politik, kaum dan economically tak usah cerita lah. Kita nampak bangsa lain ni macam kasar je kan, tapi diorang ni dengan bangsa diorang sendiri diorang sangat bersatu dan kuat.Tapi orang kita ni je, cuba tengok macam-macam parti dah ada.Bermakna orang melayu sendiri tak satu hati.Bangsa lain tengok kita gelak aje.Dalam baik diorang sokong kita tp dalam baik diorang bina kekuatan bangsa diorang.Tak mustahil satu hari nanti Malaysia boleh jadi cam Singapura tapi aku berdoa sangat jangan la sampai jadi macam tu.nauzubillah!Tak kira apa pandangan politik kita sebagai orang Melayu tapi tolonglah bersatu, kuatkan lah balik semangat Melayu kita..atau perlu ke kita tukar Melayu tu jadi Mekuat?atau Megagah?atau Mekasa?Mekasa pun best shortform Melayu Perkasa..betul tak..hmmm..Jom kita tengok kat sini saper yang kaya kat Malaysia ni :-

http://beritasemasa.com/terkini-senarai-orang-terkaya-di-malaysia-2011
   
Lepas ni kita renung-renungkan, fikir dalam-dalam, kita orang Melayu tak berapa nak kaya dalam Malaysia ni, (akupun tak kaya..boleh dikatakan golongan berpendapatan rendah) tapi sebenarnya kita kaya budi bahasa, kita kaya adat resam, kita kaya tolong menolong, kita kaya kesopanan dan macam-macam lagi perkara-perkara murni yang pada pendapat aku tak ada pada bangsa lain.Tapi dah sah-sah kita tengok bangsa lain dah bina aset kat negara Melayu kita ni, tapi kita orang Melayu asik bergaduh sesama sendiri, bangsa lain dok gelak ramai-ramai kat tepi tu. Kalau ada yang berjaya pulak, ada je yang dengki. Bila dah kaya pulak menyombong. Dah mula taknak campur ngan golongan bawahan.(sambil tu menasihat dan mengingatkan diri juga).Percaya tak sekarang pun sikit-sikit orang cina dah beli aset kita, contoh cam tanah rezab melayu, projek, asb(jangan tak caya ya..).Lama-lama aku takut takde Malaysia satu hari nanti, aku takut takut esok takde Jalur Gemilang. Aku ada satu lirik lagu untuk korang hayati..kalau tau lagunya, nyanyi la sekali.Aku first time nyanyi lagu tu masa umo aku 10 tahun, masa tu ada camp untuk Kelab Teater kat Melaka.Sampai sekarang kalau nyanyi aku rasa sayu je.

Warisan (Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Janganlah buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuska sengketa
Teruskan usaha
Kitakan gagah di nusantara
Kitakan gagah di nusantara
Kitakan gagah di nusantara
Kitakan gagah di pentas dunia

Khamis, 14 April 2011

Senang ati punya pasal..ni le jadiknya

Fuuhh..penat mak jawab nakk!

Tadi masuk lambat ke ofis, plan bawak Arissa untuk check up setahun.Tapi kensel sebab Arissa dah ceri beri cam wanie cakap.Hari ini pun serba serbi cam malas je, hampir-hampir rasa malas nak masuk ofis, tapi aku masuk jugak, jebat!
Hari ni pakai baju besau skit sebab badan dah besau..lgpun aku dah tak heran saper la nak pandang aku lagi tp janji senonoh la.
Tetiba tadi ni ha ada budak akaun intercom aku.."Kak, akak ngandung ke..?" Aku tergelak meraung kat dia.."Waaa..hahahaha.!!!" Dia tanya lagi..."Ye ke kak..confirm ke..?!" Aku gelak meraung lagi.."Waaa..!!!Apasal?Sape cakap?"...aku mula cuak.."Ala kak, orang tengok badan akak makin naik.." Lagi la aku meraung...
Jap lagi mula la aku surf produk apa bleh slim shadykan balik body ni..mulalah susah hati!Nak joging maleh, futsal dah bertahun tak gi, badminton pun lama tak main, pergi gym sekali dua je pergi, nak g sengsorang segan ahh!Puasa lagi baik, puasa pun blom ganti lagi ni..korang dah ganti tak?Kalau gym bang ben tu seberang jalan, bleh suh bang ben jadi instructor!

Rabu, 13 April 2011

Sesak la Melaka oiiiiiiii..

Minggu ni minggu pesta di Melaka sebab 15 April 2011 ni, sambutan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Kalau nak tengok apa function ada kat Melaka bulan April ni, jom terjah web ni : http://www.melaka.gov.my/bm/kalendar-acara/311-april-2011.html
Bila ada Hari Melaka Bandaraya Bersejarah, wajib ada Pesta Gendang Nusantara. Memang seronok dapat tengok pesta ni sebab bukan saja kumpulan gendang dan kebudayaan dari Melaka atau Malaysia yang perform tapi dari negara Indonesia, China, Singapura, India, Uzbekistan, Filipina dan lain-lain.
Jadiknya, bila ada pesta kat Melaka, mula la sesak Melaka ni..dah jadi cam KL lak sesaknya..
Malam ni aku ingat nak pergi jengah jap sebelum 15/4 ni.Katanya ada pocket show, tak tau la mana tempatnya, kena tanya pak sedara yg keje ngan MBMB.


Pesta Gendang Nusantara 2010 (gambar diambil dari google image)


Selasa, 12 April 2011

Fikir sebelum kawin

Kahwin?

Kalau aku dulu bila dengar orang nak kawin, aku memang excited giler bukan sebab apa, sebab time tu la boleh pakai macam-macam baju. Macam-macam baju yang lawa-lawa boleh pakai. Jadi ditakdirkan aku pun berkawinlah, memanglah paling aku suka dapat kawin dengan lelaki yang aku cintai dan rasa dah bersedia.Bila orang tanya dah bersedia ke, aku jawab dahhhhhhhhh.Dan menambah manis perkahwinan aku tu, aku dapat tukar-tukar baju dari hari Rabu sampai hari Ahad..perghh memang la penat giler.Sampai nak muntah tukar-tukar baju, tak cukup rehat, tak cukup makan.Makan memang ibu aku control supaya atas pelamin nanti takde la perut meragam..
Tapi tau tak, adakah korang semua betul-betul bersedia?Maksud bersedia dari apa yang aku rasa aku patut share ngan korang ialah, perkongsian hidup antara suami dan isteri secara zahir dan batin, termasuk dari segi perasaan, understanding, kejujuran, kepercayaan, kewangan dan ada pecahan-pecahan lain yang korang takkan jangka contohnya gangguan orang ketiga. Bila kata orang ketiga ramai kata pompuan lain atau lelaki lain yang cuba kacau pasangan kita.Tapi ada jugak gangguan secara halus, gangguan halus oleh ibu bapa sendiri sebab anak-anak sentiasa menganggap parents mereka parents terbaik dalam dunia. Ada suami tak suka kalau kita komen parents dia, macam kita pun tak suka suami komen parents kita.Bukan parents dia pun yang jaga kita sampai dapat buatkan majlis untuk kawinkan kita ngan pasangan kita. Tapi itu pucuk pangkal hati. Dalam hal ini penggunaan akal sangat penting.Kedua-dua pihak kena bijak tangani supaya tak ada yang kecil hati tapi macamanapun perasaan kecil hati, jauh hati, terasa sedikit sebanyak pasti ada.Tipu kalau korang kata korang tak jeles.
Tau tak, kasih sayang, kepercayaan dan wang adalah faktor utama untuk membina keluarga bahagia?Ada jugak yang masih kata duit tak penting, yang penting cinta. Sebenarnya dua-dua sama penting.Boleh ke korang bahagia kalau beras dalam rumah dah tak ada?Ibu aku selalu pesan, beras jangan tunggu habis baru nak beli, memang dah jadi kebiasaan aku beli beras 2-3 beg untuk simpanan kat umah.Sebab tu aku pelik bila ada org kata takde beras lagi kat umah.Alhamdulillah aku sempit macamanapun, duit dah abis sebelum masa, tapi ada gak beras, cili, garam, gula kat rumah.Suami isteri sebenarnya kena ada komunikasi.Jangan bagi satu pihak sahaja yang memerintah dan seorang lagi menurut.Biasanya yang menurut tu, isteri lah..tapi ada juga yang menurut tu suami.Apapun pendapat pasangan kita kena tolak ansur, tolerate. Begitu juga kalau cerita bab duit, kita kena monitor perbelanjaan dalam rumah, jangan main lantak je.Bila poket dah kering, masing-masing akan timbul rasa marah.Orang yang selalu marah ialah orang yang takde duit.Bila dah marah, jadi le kawan syaitan, maka porak peranda la rumah. Ini contoh untuk orang yang berpendapatan rendah, lainlah orang yang berpendapatan tinggi dan ada simpanan yang banyak.Kalau duit dah banyak pulak, lain pulak cerita, ya tak..tepuk dada tanya iman.
Kepercayaan, itu bagi aku sangat-sangat penting..weiii..kalau takde trust ni, baik korang jangan kawin la walau tinggi gunung cinta korang. Kalau asik tuduh tu tuduh ni, sangka tu sangka ni..lupakan la..cari yang lain!Buat pening kepala, buat sesak dada kalau bila tiap2 kali nak kemana-mana nak kena inform, ehh..nak mandi pun nak kena inform ke.Kalau belum kawin konon-konon sweet, lepas kawin rasa rimas le pulak!
Perasaan curiga perlu ada, sedangkan lidah lagi tergigit.Kalau rumahtangga tu asyik best je, semua baekk jer..kena hati-hati jugak, mesti ada tak kena.Nak dicerita pasal alam rumahtangga ni, sangat-sangat complex dan tak akan abis selagi ada nyawa dikandung badan.
Nak jadi pasangan yang baik kepada pasangan kita,bukan dalam tempoh yang singkat.Aku tak percaya kalau korang yang baru setahun jagung kawin kata korang paham sangat ngan pasangan korang. Baru kawin setahun dah pandai nak nasihat orang contohilah dia.Bagi aku sendiri, setelah 14 tahun berkawin, baru sekarang aku kenal luar dan dalam suami aku sepenuhnya.Begitu juga suami terhadap aku.Untuk mengenali hati dan budi pasangan kena ambil masa. Sebab tu banyak pertelingkan pendapat berlaku sedangkan benda tu boleh diselamatkan, tapi disebabkan ego, banyak rumahtangga terkorban, anak-anak jadi mangsa.
Jadi, renung-renungkan lah..belajar yang baik jadikan pedoman, yang tak baik tu jadikan sempadan. Ada satu petua untuk korang, insyallah kalau percaya lah..tiap kali pasangan kita tidur, kita bisikkan kata-kata hikmat kita kat ubun-ubun dia.Tapi aku jarang dapat buat sebab aku selalu tido dulu, hehehe..agaknya suami yang bisikkan.
contoh keluarga bahagia
Selamat menempuh alam rumahtangga, selamat melalui alam rumahtangga, selamat mengukuhkan rumahtangga!

Isnin, 11 April 2011

Cantik takkkkkkkkk?

Hai uoallllllllss..wah gedik giler!

Hari ni kak bedah nak tayang kek kak bedah tempah kat adik kawan (Azizi) yang keje kat hotel Everly Resort, Melaka..jangan marah ye..hotel lagi! Maklum le, dulu asik tempah jejauh..kat italy lagi.Tapi JAIM dah kata tak halal, lagipun kat italy tu tak sedap pon, harap lawa je..
Ini orang kita yang buat..sedap lagi!Untuk pengetahuan semua, ini kek butter ya..x main span2 ni..aww..gedik lagi!











Cantik tak..kek ni namanya Blueberry, aku tempah masa bday ibu,adik, anniversary aku n hubby serta advance bday anak kedua aku...cantik kannn...
















ni lak kek aku tempah masa bday Arissa hrtu, itupun main tempah je, lupa nak suh letak nama Arissa, tp tak kisah sebab Arissa pun tak kisah pun!


Bukan setakat lawa je ya..mmg maveles sedap gitu!

Khamis, 7 April 2011

Makanan untuk baby setahun ke atas

Minggu lepas Arissa demam lebih dari 2 hari, temperature naik almost 40 degree.Bila dah sihat, aku masak semula bubur favorite dia, bubur + ayam + kentang + carrot. Kebiasaannya dia akan makan lebih dari 10 sudu baby tu, tp kali ni dia makan skit je..siap tepis-tepis ngan tangan dia. Ishh..aku mula la risau, kenapa taknak makan pulak, akupun taste le..eh ok je..suap dia lagi pun sama jugak dia tak nak.Akupun ngan hampa letak mangkuk bubur ke dapur, buat la dia susu + nestum beras sebagai ganti makan dia.
Sejak tu mmg dia kurang nak makan, badan pun dah susut. Aku ingat nak tukar lah menu untuk Arissa, agaknya dah jelak kot.Aku try la jejak-jejak menu untuk Arissa makan dalam internet;

Makanan Yang Sesuai

Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan pertama bayi ialah

* Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
* Pisang lenyek
* Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
* Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
* Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa




ANTARA RESEPI-RESEPI:-...(ambik mana yang logik je..)

#1
* 2 sudu besar beras.
* 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
* 1 pokok sawi dipotong kecil
* 1/2 batang lobak merah dipotong kecil
* Sedikit kiub ayam tanpa msg
* Sedikit garam
* Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
* Sedikit santan
* Sedikit isi ayam yang dicincang
* Sedikit daging yang dicincang
* 500 ml air
* Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

1. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
2. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging
3. Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.
4. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi anda


#2
sedikit beras
ikan merah/tenggiri/bawal/
sedikit halia
seulas bwg putih
kentang/carrot/brokkolo/kubis bunga
sedikit daun sup/ daun bawang

Cara-cara


panaskan minyak
tumis bwg putih dah halia hingga naik bau
masukkan isi ikan
masukkan beras yg sudah di cuci bersih
masukkan kentang / brokolli/carrot (ikut suka)
masak sampai beras masak
taburkan sedikit daun bwg/sup...

utk perasa, gunakan ikan bilis yg di blender, tabur sedikit masa nak suap baby.
sedap....

 #3
Bahan-bahan

* 1 cawan jus
* 1 cawan tepung
* 1 cawan bijirin segera bayi

Cara membuatnya

* Campurkan semua bahan
* Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
* Bakar 20-30 minit pada suhu 350�F (175�C).
* Bolehdibekukan


#4
Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kiub daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa


#5

Ada satu resepi aku sendiri:-

Bahan-bahan:

Bawang putih (hiris-hiris)
Bawang besar(hiris-hiris)
Air
Mi sua (rendam)
Telur ayam

Cara-cara

Tumis bawang putih dan besar
Bila naik bau, masukkan air
Masukkan mi sua
Pecahkan telur ke dalam kuah yang hampir nak mendidih
Bubur garam skit jer.


contoh

carta makanan untuk baby

OK selamat mencuba..!

Rabu, 6 April 2011

Jom Soley Soley..

Kalau sesaper yang dah tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah, mesti teringat giler ngan gelagat kelakar giler si Johan ngan Usop Wilcha nyanyi lagu tu..boleh senyum sorang-sorang atau tergelak masa driving. Nak tau lirik camner lagu tu, jom soley soley!

SOLEY SOLEY - MIDDLE OF THE ROAD

Just a little bit lonely
Just a little bit sad
I was feeling so empty
Until you came back
Until you came back
Until you came-

Ooh Soley Soley
Soley Soley
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Just a little bit closer
Can you lay by my side
Can we get it together
Lazing in the sand
Lazing in the sand
Lazing in the-

Ooh Soley Soley
Soley Soley
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Soley Soley Soley Soley So-o-ley
Soley Soley Soley Soley So-o-ley
Soley Soley Soley Soley So-o-ley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Ooh Soley Soley


Sweet pee..hehehe cer teka...cer teka

Baru baru ni ada kawan punya adik perempuan, meninggal sebab kencing manis.Umo dia muda sangat tak sampai 30 pun. Orangnya cantik, kebetulan dia memang orang kelantan..kencing manis dia bermula dengan mata rabun, lepas tu buta (cuma boleh nampak bayangan aje), lepas tu dengar cerita dia terjatuh, lumpuh pulak separuh badan, lepas tu ada pulak luka kat kaki, potong pulak kaki..sebulan lepas tu dengar pulak dia dah meninggal..sekejap aje Tuhan nak tarik nyawa. sikit-sikit dia tarik kenikmatan yang ada.

Tadi tengok boss, jab sendiri insulin kat perut dia..aduh ngilu tengok..tp tengok dia selamba badak je...
jadi apa kata aku share2 skit info ni untuk kita semua..:-


Tanda-tanda awal kencing manis boleh di kesan melalui jika:
  • Keluarga anda mengidap penyakit kencing manis
  • Anda berusia 35 tahun dan mempunyai masalah berat badan
  • Anda kerap kencing daripada biasa
  • Anda sentiasa dahaga dan lapar
  • Jika terluka atau tercedera, lambat untuk sembuh
  • Anda kerap mengalami jangkitan dan kegatalan di bahagian kemaluan


Kita orang Malaysia memang dah biasa makan benda manis-manis, kalau tak manis..tak manis la kehidupan, jadi kita monitor lah pemakanan kita ya..Selamat Beramal!

Selasa, 5 April 2011

Sampai bila nak nafikan..?

Pagi tadi sempat buka youtube bila ada cerita-cerita kata dah ada 'tayangan perdana' aksi orang kuat parti pembangkang yang tak berapa nak adil tu..Aku sempat tengok tayangan seminit tu sebelum ditutup oleh pihak berwajib.Entah la..tak tau nak cakap macamana lagi sebab walaupun tayangan itu sekejap dan hitam putih tapi aku rasa mmg betul la si polan tu tapi kenapa la ramai nak menafikan?
Tak kira lah apa konspirasi di sebalik tu tapi polis pun dah sahkan ketulinan video tu, kenapa ada lagi menafikan dan mengatakan itu super impose? Sampai bila nak cover orang macam tu..?
Tapi itu dia kan..tapi macamana ngan bini dia? Tak pernah terdetik ke dalam hati sebagai seorang wanita, sebagai seorang isteri yang kita tau sedikit sebanyak mesti ada hati yang tulus dan suci pasti akan tertanya-tanya dan terfikir akan tabii suami yang macam tu?Buta ke apa bini dia tu?
Ataupun dia sendiri dah diugut oleh suami ataupun dia sendiri nak jaga cerita dalam kain keluarga?Macamana nak jaga kain sendiri kalau suami sendiri yang kirai kain sendiri?
Moral of the story jaga rumahtangga dulu sebelum nak jaga negara..yang penting solat jangan diabaikan.

5 APRIL 2011

Hari ini 5 April 2011, genap setahun umur satu-satunya baby girlku, Dhia Arissa Imaan binti Zamani.Mama cuma nak Dhia jadi anak solehah dan beriman, jaga kehormatan diri dan menjadi insan yang mulia dunia akhirat, amin.Nenek pun ada sms, nenek tulis, "Assalamualaikum pda smua, trutama cucunda Dhia Arissa Imaan Sayang, slamat mnymbuit ulang tahun kelahiran, doa nenek smoga dhia sentiasa sehat,cantik,ceria dan membesarmu pnuh dngan keimanan amin!"

Hari ini jugak, anak keduaku, Muhammad Adzeem Zamani ada perlawanan hoki peringkat sekolah di Stadium Hang Jebat. Terkilan jugak sebab mama tak dapat tengok adik berlawan sebab lately mama dah banyak ambik leave, sampai tolak gaji tapi takpe, mama wakilkan abah tengok ya.Adik pakai kasut baru mama beli semalam ngan abah kat Al-Ikhsan.Baru kejap abah called mama kata kat stadium ramai orang...meriah!bertambah ralat mama dengar.Mama suh abah tengok adik lawan, bagi support kuat-kuat kat adik!

Hari ini jugak, anak sulungku, Muhammad Mirza Zamani, masuk kelas semula di MRSM Alor Gajah setelah mendapat mc akibat demam dan selsema. Mama tau abang kuat dan memang mama tau sangat abang boleh berdikari, insyallah. Belajar rajin-rajin, study smart, jadi anak yang boleh mama dan abah harapkan. Paling-paling pun bantu diri sendiri, majukan diri bukan untuk siapa, untuk diri sendiri juga, sekaligus menyenangkan mama dan abah.

Hari ini jugak, anak ketigaku, Muhammad Diniy mesti suka tengok abah dia ada kat rumah, boleh buatkan dia susu lepas balik sekolah. Kesian Diniy, hari-hari balik sekolah kena survive sendiri pada umur 7 tahun, semua perkara boleh katakan dia survive.Cuma risau jugak keselamatan dia.Apa yang mampu berdoa dan tawakal pada Allah swt.




Jumaat, 1 April 2011

Janji Atok dah tau

Nak tau tak..(cer citer..cer citer..!)

Lately macam-macam benda pelik terjadi pada aku.., nak dijadikan cerita lebih kurang 3 bulan lepas..;

1. memula perkara ni terjadi, masa tu cam biasa nak hantar baby girl dhia arissa imaan ke umah mak usu..so mcm biasa lah..guna pintu keluar masuk yang sama (maklumla umah ada 5 pintu keluar masuk..hehehe)..sarung je selipar..turun bendul..tetiba rasa gelap sunyi..alih-alih tau2 je aku dah tertiarap dengan arissa dalam pelukan aku lagi, nasib baik dia tak apa-apa..cuma dia pun nampak cool tp terkedu kot...dalam otak ni berpusing-pusing..macamana aku boleh terjatuh..tak ada benda yang tersadung..kaki pun tak sakit..tak luka pun tak terseliuh langsung.Kebetulan pak busu ada depan rumah..berlari dia g selamatkan arissa..(bukan aku)..aku pun ngan muka bengang and bangang..terus bangun sebab malu jatuh cam nangka busuk, pastu aku menonong (org melaka punya bahasa) terus masuk bilik...duduk jap ambik napas..sambil berpikir2 and selawat banyak2..kenapa aku boleh jatuh..????
pastu aku wat selamba balik...buat2 cam tak ingat kejatuhan tu..aku pun pergi la keje...sambil drive tu pun pk gak lagi..kenapa la kan..So..aku matikan air je la..aku kata mmg aku cuai..ok abis dah satu cite..

2. Lepas seminggu kejadian..malam jumaat, khamis malam jumaat..kebetulan lak memang bulan penuh..berkata gak dalam hati..eh eh..bulan penuh..lain macam..isshh..apa aku pk kan ni..kan..so selepas aku ngan suami hantar anak-anak mengaji kat Cheng, aku pun duk depan tv tengok citer Saka Jentayu, mmg best lah lakonan zarina zainurdin..macam real...macam aku je..hehehehe..abis citer tu sambung citer Ghost Adventure pulak..memang adventure betul! seram seram geli camtu..hahahaha..
pastu tgk suami makan megi..cam sedap..makan sorang je lak tu..tak ajak..toleh2 je da abis..so ngan manjanya (buat suami geram je...jangan marah eh).."yang..masakkan i megi cepat masak sedap dimakan tu..." aku pun continue tgk citer tu..masa tu kul 11.40malam...suami g je dapo..ingatkan dia eksen je...rupanya2 memamg dia masakkan...wow! maveles tu!..jangan jeles lagi ya
Aku pun makan la dengan penuh kesopanan sebab megi tu panas...(makan kat tepi katil yang ada side table..baik punya port)
Dalam tengah makan-makan, agak-agak 2-3 suap..aku terbau sesuatu..kejap-kejap ternaik idung ni..mengecam bau..hmmm..bau apa ni ek..aku hidu le megi tu..eh bau megi..pastu makin menusuk-nusuk..eh tak puas ati...pandang keliling dalam bilik..abis tu nampak cam asap nipis..perlahan je..terdetik kata..eh apa yang terbakar ni..tengok2 lagi keliling..tau2 dah penuh satu bilik..cam kat genting je, aku pun apa lagi.."Keluarrrr....terbakar-terbakar..Asap! Asap!! tengok2..tutup! tutup semua suis..plug semua off.."...Suami pun terpinga-pinga selamba g offkan apa yang ada..pastu dia tanya aku..apa pasal ni..mana ada terbakar ni..mana ada asap?!!!aku kata ada lahhhh..asap! bila aku tengok balik dah takde asap..memang clear..eh eh..pelik..mana datang asap tu eh..akupun bukak pintu bilik konon nak ajak suami and anak-anak lari...dah dia sergah aku suh aku duduk..Akupun terkeruk-keruk kepala yang tak gatal.Suami pun tukar channel..suh aku ambik wuduk..baring diam2..mcm budak kecik..akupun follow.Suami diam tak terkata..akupun diam tak terkata apa.
Esok tu..aku bgtau suami bawak g umah datuk.Suami kata alah..takde apa la..So, cmne nak pujuk dia ni..kebetulan arissa pun macam tak berapa sihat, suami kata "jomlah, i pun rasa nak jengah datuk..lama tak jumpa, alang-alang tanya sekali" Malam tu aku pergi la kat datuk bawak air untuk ditangkal datuk.Pas borak-borak ngan datuk, aku pun kuit suami.."cakap la ngan datuk.."
"Tok, semalam Baby (nama manja aku..) nampak asap..bla bla bla..Atok pun tanya bila, di mana, bagaimana...bla bla bla...atok suh ambik air..pastu atok toleh-toleh kat luar umah dia..2-3 kali dia toleh.Pastu atok kata..hmm..memang ada, apa la nak jadik ngan korang ni..mak kau (kitorang panggil arwah nenek, mak) meninggal, macam-macam benda korang ni menyusahkan hati perut aku"
So bila atok kata memang ada, meremang-remang bulu roma suami, aku tak pulak meremang..pelik kan.Atok kata apa 'dia' nak ni? Atok pun berpesan-pesan ngan aku dan suami.Atok bekalkan air,lada hitam ngan garam kasar.Suami pun tanya atok, benda baik ke tak baik..datuk senyum menggeleng-geleng, datuk kata "datuk pun tak tau nak cakap"..sambil senyum-senyum..Kitorang tau yang datuk tau..mungkin dia taknak kitorang takut kot..
Esok tu, aku bertanya dengan seorang kawan yang ada sixth sense..disimpulkan pada pandangan dia, dia cakap benda tu budak kecik..anak bunian, dia masuk masa aku terjatuh tu, budak tu memang nakal, nak mainkan aku, jadi bila aku masuk, diapun ikut masuk.tak keluar2..(akupun terpk..dia bleh nampak la apa aku buat selama ni dalam bilik..grrrrrr...errrr)no wonder aku rasa macam diperhatikan sepanjang dia ada dalam umah tu..jadi pada malam yang aku nampak asap tu ialah dia..dalam bentuk kabus..memang asap tu keluar kat pintu bilik...akupun tanya kawan aku, mesti dia ada mak, kan..?memang mak dia cari..tp mak dia tak boleh masuk sebab apa aku tak sure,kawan pun ada cakap, jaga arissa baik-baik, jangan biarkan dia sorang-sorang, ..taknak tanya lagi lah..nanti jadi taksub pulak..aku matikan cerita...janji datuk dah tau..tp kalau atok dah takde dalam dunia ni..macamana?
(macam ni lebih kurang kabus tu...)

Nak tau since that aku jarang bukak citer2 seram ni..sebab suami takottttttttt..hehehehe
Lepas ni jangan la ganggu anak-anak aku lagi, main la jauh-jauh..aku tak ganggu kau, kau jangan ganggu aku.
Wallahualam.

Khamis, 31 Mac 2011

Mesej ngan ibu..

Semalam, ibu mesej..'beb, ada cadangan trun pekan x hari ni'...Aik..pelik apsal pulak ni..aku reply ibu..'pekan pahang?apa pasal ha'..kejap lagi ibu reply balik..'u x datang I datang'..wahhhh best ibu balik..ada teman gosip! and byk habuan ibu bawak balik untuk anak cucu kat melaka ni..
kejap2 aku n ibu mesej dari jam 1.50 ptg sampai 5.30 ptg:-

aku: jadik ke
ibu :tunggu saja d mc kul 7 karang
aku:ok ble je
ibu:Beb ibu blik x lama
aku:ibu ngan abah eh
ibu:X ibu sorang je, expo lum hbis tngu kedai
aku:ok jln bebaik je.i wait for u with love
ibu:K.i lap u 2
ibu:Beb iwan anak beranak, faisal ngan lain x tau ibu balik ni
aku:ok rahsia
ibu:Bedosa tau
aku:ok kang canang
ibu:K
aku:ala diam2 je
ibu:ok le tu
ibu:Ingat tadi dah smpai mlaka nak tpon taxi pok teh je, tapi x nak lak tngok muka orang  lain dulu, buat2 pulak isteri dia ikut
aku:tau xpe.ala ikut i je lg selamat.insyallah.kt ikut jalan yg benar
ibu:Balik kali ni x takut, kira2 slamat sikit abah ada bekalkan pistul,dlm bas nyanyi sambil main gitar
aku:hahaha!
ibu:Skrang  ni kat segamat, kebulur
aku:cian ibu kita
ibu:X de cadangan balik x de le buat pesiapan
aku:blk kang makan eh
ibu:Dah beli n makan roti ngan air lega sikit
ibu:Beb klau smpai awal u  lum balik keja camna
aku:kalau sampai sblm 6 ibu msj zam.dia da ada rumah
ibu:Skarang ni baru smpai tol tngkak, lambat lagi smpai mlaka
ibu:Smpai tol a.kroh nnti ibu msg eh
aku:ok
ibu:Bas bangang ni ikut jlan jasin
aku:aik apsal
ibu:X tau le.ni kat kesang pajak
aku:ada hiway gak situ ke mc
ibu:Xde pongaku:xpe janji sampai n selamat
ibu:X lama lagi tiba kesang gadai
aku:hahaha!
ibu:Hari cerah n awal lagi dia bwak raun2 dulu
ibu:Ppan tnda menunjukkan 26kilo lagi ke bandar melaka
aku:xpe 100km da lepas
ibu:Ye le yang lagi sekilo 2 gasa lmbat sangat, puas gengan2kan bontot
ibu:Kat bemban ni,jgan buang b tambah j dah le, nnti lain maananya

Kul 7..ibu call..beb..kau kat mana..ok jap2 bu..tungguuuuuuuuu

Selamat Berblogging...akhirnya..

Hari ini, 31/3/2011, aku berjaya jugak create blog sendiri..!!tp banyak jugak nak kena belajar..banyak lagi gadget2 nak kena masukkan..lom pandai lagi..nak kena tanya zack n wani gak ni..
Bila dah ada blog, benda yang aku pendam-pendam dalam ati, mana yang aku rasa susah nak luah..senang skit aku tenyeh je dalam blog ni..at least bleh gak release tension.
Agak-agak tergerak nak tulis, ada gak tempat nak tulis, nak lepas geram pun dalam ni pun boleh..
So berblogging la kita pas ni...