Selasa, 19 Julai 2011

Terima kasih sayang

Kelmarin kau datang semula
Cuba menceriakan aku yang sudah cukup gembira
Terima kasih kerana kasih itu
Yang pernah aku kecap
Saat aku ketandusan kasih yang halal

Terima kasih sayang
Kita jangan ulangi lagi
Kita simpan sahaja
Kisah cinta kita

Isnin, 18 Julai 2011

Bola oh bola..ku sudah jatuh cinta

Dulu, boleh dikatakan aku tak minat sangat bola sepak.Tapi sedikit demi sedikit macam seronok.Pada awalnya terpaksa meneman suami tengok bola.Suami minat sangat team Arsenal.Minat sejak darjah dua katanya.Anak-anak pulak 3 lelaki dah tentu semua memang suka bola(sampaikan anak perempuan akupun suami belikan bola!).Jadi lama-lama aku pun jadi minat.
Baru baru ni team Harimau Muda lawan team Arsenal.Suami punyalah sedih sangat sebab tak dapat pergi sebab sakit mata jugak.Malam tu tercongok le kitorang depan tv nak tgk team kesayangan.Tapi tak kisah la siapa menang.Mcm ada supporters punya banner, GUNNERS IN MY HEART, TIGER IN MY SOUL.Memang tepat sekali.Walaupun pakai baju Arsenal tapi kita tetap sokong Malaysia.Tapi nak jadikan cerita takde live malam tu..HAMPEH!APALAH PUNYA ASTRO!!!ADA KE DIA TAYANGKAN LIVERPOOL VS GUANGZHOU???LIVE PULAK TU!
Suami punya la terkilan, termasuk lah aku..sepatutnya apa-apa perlawanan sekalipun melibatkan negara kesayangan kita MALAYSIA, buatlah LIVE!!!Macam-macam ASTRO kena kutuk dalam fb KELAB PENYOKONG TEGAR ARSENAL.Agaknya bila dah kena kutuk kaw-kaw, baru lah ASTRO buat live MALAYSIA vs LIVERPOOL.Alhamdulillah, menjerit bagai nak rak (aku yang lebih-lebih) bila Safiq dan Safee score 3-6.Takpe lah, 3-6 kira bagus jugak tau.Lawan LIVERPOOL, bukan lawan Kelab Bola Rumah Merah..hahaha.Bangga sangat!Caya la team Datuk Rajagobal! Lepas ni MALAYSIA vs CHELSEA pulak.Kalau tengok kat stadium masa tu, memang penuh Reds Team tapi tengoklah semua patriotik.Bila MALAYSIA score aje..yang sorak supporters yang pakai jersey THE REDS.Itu lah, don't judge the book by its cover.Bak kata pepatah dari banner supporters time GUNNERS main, GUNNERS IN MY HEART, TIGER IN MY SOUL.Ini baru tepat!Ehem..jangan pakai baju kuning sudah ya..hehehehe.
MALAYSIA KAN TANAH TUMPAH DARAH KITA..cuba nanyi balik lagi NEGARAKU.

Khamis, 7 Julai 2011

Dosa Lama itu

Dosa lama itu
Aku taknak ulang lagi
Aku dah janji

Tapi dosa lama itu
Kau ingat lagi
Aku tercengkam lagi

Ikhlaskah keikhlasan itu
Betul dulu aku bersalah
Belum tentu mana tercampaknya aku nanti
Tapi juga belum tentu tercampaknya kau di mana