Isnin, 27 Mei 2013

Assalamualaikum!
Salam sejahtera!Wahh..lama tak masuk ke Jendela Hatiku ni.!

Dear uolss,

Mohon jasa baik followers bagi sokongan pada saya sbb saya dah mula buat online biz.Ada macam2 produk kecantikan dan kesihatan untuk kita semua.

Mula2 tolong like link ni:---->Arissa Chanteque, pastu add saya di :------->Chanteque Closet

Lepas ni saya akan upload lebih banyak produk dan deskripsinya sekali.

Thanks sayang semua!

Isnin, 21 Januari 2013

Allah kasihkanku

Awal tahun 2013..pelbagai onak dah duri terpaksa aku tempuh dan rempuh meskipun bukan itu yang aku inginkan. Aku cuma menguatkan diri dengan kata-kata, "Allah hanya menurunkan dugaan kepada orang yang mampu sahaja, sesungguhnya Allah itu Maha Adil kerana Allah tahu kemampuan kita."
Alhamdulillah, mungkin aku antara orang yang Allah kasih dan turunkan sedikit dugaan kepadaku walaupun pada awalnya kuanggap terlalu berat. Bukan semua mendapat dugaan sebegini dan itulah tandanya Allah masih mengingatkan diriku agar sentiasa mengingatiNya.Amin YRA, syukur Ya Allah.

Segalanya terpaksa ku lalui secara emosi, secara fizikal, secara mentalnya..aku akui aku bukanlah sebegitu kuat walaupun kelihatannya berani tetapi tiada pilihan lain mampu aku kutip atau pilih. Semuanya aku perjudikan dan melihat apakah bakal terjadi setelah aku berusaha, berdoa dan bertawakal.

Ya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mudah bagi mereka untuk mengiyakan apa aku rasai saat ini tetapi sungguh mereka tidak merasai apa aku alami kini. Aku rela memendam rasa, aku rela menelan apa yang sahaja pahit manisnya dari mencanang seluruh alam akan nasibku kerana pujukku bagi diriku, ini hanya secubit yang Allah beri untuk aku, malah ada lain lebih sengsara lebih terseksa hidup mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sahajalah kekasih hatiku..Kau Maha Mengetahui apa yang yang aku rasa di seluruh pelusuk jiwa ragaku, di sudut hatiku, di celah-celah hati,di dalam hatiku, di dalam qalbuku, di dalam nurani ku.

Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku, pimpinlah aku, bimbing lah aku..aku sanggup menanti kebahagiaan itu nanti.