Selasa, 27 September 2011

Tolong ingatkan insan itu

Agak lama tak menjengah rumah ni
Apa khabar jiran-jiran
semoga 17 jiran-jiranku sihat-sihat belaka
dan rasanya tak terlewat nak ucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin

Kawan,
Hati saya tidak begitu gembira kebelakangan ini
Hati saya disentap,dirobek dan dicampak sana sini
Pagi raya itu, saya sungguh terkedu
Yang sepatutnya ada rasa bahagia
Yang sepatutnya ada rasa keriangan

Kawan,
Insan yang melahirkan saya
Yang amat saya cintai
Tidak seperti yang selama ini saya kenali
Berubah sekelip mata

Kawan,
Mana mungkin saya lupa insan itu
Yang dodoikan saya
Yang pimpin tangan saya
Yang dokong saya
Yang mandikan saya
Yang pakaikan saya
Yang besarkan saya
Sehingga berulang melakukan yang sama
terhadap anak-anak saya

Kawan,
Saya sedih
hati saya remuk,hancur,berkecai
Sebab insan itu seolah tidak mengenali saya
Seolah saya tidak mengenali insan itu

Kawan,
Saya tak mahu jadi derhaka
Saya telan segala kata-kata insan itu
Saya turutkan sahaja
Walaupun setiap kata sangat mengguris
Walaupun setiap patah sangat berbisa

Kawan,
Saya kecewa bila insan itu
Melayan saya endah tak endah
Saya rasa seperi anak yang bukan lahir
Dari perut insan itu

Kawan,
Saya akan cuba usaha dan tawakal
biar bermandi darah
selamatkan insan itu
yang tertutup hijabnya
yang tertutup pandangannya
oleh manusia yang tiada jiwa
oleh manusia yang tiada rasa
menutup pandangan dan kasih sayang untuk saya.


sumber:google image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan