Isnin, 27 Mei 2013

Assalamualaikum!
Salam sejahtera!Wahh..lama tak masuk ke Jendela Hatiku ni.!

Dear uolss,

Mohon jasa baik followers bagi sokongan pada saya sbb saya dah mula buat online biz.Ada macam2 produk kecantikan dan kesihatan untuk kita semua.

Mula2 tolong like link ni:---->Arissa Chanteque, pastu add saya di :------->Chanteque Closet

Lepas ni saya akan upload lebih banyak produk dan deskripsinya sekali.

Thanks sayang semua!

Isnin, 21 Januari 2013

Allah kasihkanku

Awal tahun 2013..pelbagai onak dah duri terpaksa aku tempuh dan rempuh meskipun bukan itu yang aku inginkan. Aku cuma menguatkan diri dengan kata-kata, "Allah hanya menurunkan dugaan kepada orang yang mampu sahaja, sesungguhnya Allah itu Maha Adil kerana Allah tahu kemampuan kita."
Alhamdulillah, mungkin aku antara orang yang Allah kasih dan turunkan sedikit dugaan kepadaku walaupun pada awalnya kuanggap terlalu berat. Bukan semua mendapat dugaan sebegini dan itulah tandanya Allah masih mengingatkan diriku agar sentiasa mengingatiNya.Amin YRA, syukur Ya Allah.

Segalanya terpaksa ku lalui secara emosi, secara fizikal, secara mentalnya..aku akui aku bukanlah sebegitu kuat walaupun kelihatannya berani tetapi tiada pilihan lain mampu aku kutip atau pilih. Semuanya aku perjudikan dan melihat apakah bakal terjadi setelah aku berusaha, berdoa dan bertawakal.

Ya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mudah bagi mereka untuk mengiyakan apa aku rasai saat ini tetapi sungguh mereka tidak merasai apa aku alami kini. Aku rela memendam rasa, aku rela menelan apa yang sahaja pahit manisnya dari mencanang seluruh alam akan nasibku kerana pujukku bagi diriku, ini hanya secubit yang Allah beri untuk aku, malah ada lain lebih sengsara lebih terseksa hidup mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sahajalah kekasih hatiku..Kau Maha Mengetahui apa yang yang aku rasa di seluruh pelusuk jiwa ragaku, di sudut hatiku, di celah-celah hati,di dalam hatiku, di dalam qalbuku, di dalam nurani ku.

Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku, pimpinlah aku, bimbing lah aku..aku sanggup menanti kebahagiaan itu nanti.

Selasa, 9 Oktober 2012

Mari bantu Tuan Kamal Effendi Hashim!

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, terbaca dari fb  Tuan Kamal Effendi Hashim seorang penganalisis jenayah di Malaysia telah disahkan menghidap penyakit Arteriovenous malfunction (AVM) oleh doktor di Beacon Hospital dan disarankan membuat rawatan Cyberknife
Berita ini rasanya tidaklah begitu meluas diketahui umum, mungkin hanya mereka yang rapat ataupun rakan fb Tuan Kamal.

Photo: update- i've received $2,430 thru bank transfer from people so far. Thank you for the gift of life. Here's my update at the hospital just now. Don't worry for i will fight to the last.
sumber:fb Kamal Effendi Hashim

Walaupun saya tidak mengenal rapat beliau apatah lagi beliau langsung tidak mengenali saya, jauh disudut hati saya berasa sangat kesal sebab apabila insurans yang diambil beliau tidak meliputi penyakit yang dihidapi olehnya.Kos sebanyak RM 41,820.00 diperlukan untuk menjalani rawatan tersebut yang sepatutnya dilakukan pada Isnin 8/10/12.

Beliau langsung tidak meminta-minta bantuan cuma menawarkan  khidmat beliau,  demi mengumpul dana untuk rawatan tersebut! (owhh sakit2 pun masih nak bekerja-kuat betul semangat! tapi persoalannnya sempat ke?)Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Kita cuma boleh memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada beliau.

Seandainya ada yang sudi meringankan beban beliau dan ingin beliau terus berkhidmat untuk kita, hulurlah sumbangan tersebut terus ke akaun beliau, Kamal Effendi Hashim-Public Bank Berhad 4007-85-2927..

Sama-samalah kita doakan hero kita ini selamat menjalani rawatan, dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan yang baik.

Semoga Allah swt dapat membalas jasa baik anda semua

Isnin, 9 Julai 2012

Jangan pilih aku!

Siapa aku yang dipilih
Aku bukan secalang-calang kau
Tolong, aku tak kuat !
Tolong, aku tak sedia pun!

Khamis, 7 Jun 2012

Semak!

kepala semak..
meja pun semak!

Migrain oh migrain

owh agak lama jugak tak menjengah jendela hatiku
Sejak kebelakangan ni, migrain selalu melanda kepala otak ni.Dalam seminggu mesti kena 2-3 kali.
Ubat caffox yang biasa dimakan sebiji sekali pun tak jalan, so pergi ke klinik lain.dapat ubat Vasograin.Makan sebiji rasa lega skit.

P/S-Orang kata migrain ni ada kena ngena ngan sihir.Wallahualam.

Rabu, 22 Februari 2012

Buku autograph..korang ada tak?

Assalamualaikum

Autograph.Mungkin jika kita sebut autograph depan anak-anak kita sekarang, mungkin benda tu takde apa-apa makna langsung.Apa tu autograph pun diorang tak ambil kisah pun.Mungkin kalau ada pun autograph dari artis-artis atau selebriti.
Teringat masa zaman kanak-kanak sehinggalah remaja.Buku autograph ni, dah jadi satu benda wajib diletak dalam beg sekolah selain buku-buku sekolah, nak-nak bila nak cuti sekolah atau tamat sekolah rendah.
Masa zaman aku dulu, andai siapa yang diberi buku autograph untuk diisi, memang terasa kita memang hendak dikenali oleh seseorang.Dan nak-nak kalau buku autograph tu, tebal dan penuh diisi oleh kawan-kawan.Macam-macam jenis buku autograph ada masa tu, yang tebal siap berkunci pun ada, biasanya anak-anak orang  kaya je yang ada buku macam tu. Ada jugak yang tidak berkemampuan, cuma mampu beli buku tiga lima saja.Kalau dulu-dulu cara kita nak berkenalan dengan seseorang, macam tu lah,kita guna buku autograph tu, letak dalam desk seseorang, minta dia sign,tulis ucapan,tulis biodata dan bonusnya tampal gambar.Wahhh..memang ada sentimental value sangat-sangat!Lepas tu esok tu, kita tengok balik dalam desk kita, dia dah pulangkan ke tidak.Tak sabar-sabar rasanya nak baca.Rasa seronok sangat nak-nak bila ada yang siap tampalkan sticker,lukis kartun pada autograph kita.Masa tu siapa punya autograph yang paling penuh dan paling ramai yang sign, siap nak tukar buku baru lagi, dia la paling famous kat sekolah.Kita rasa appreciate sangat bila seseorang tu sudi sign autograph kita.Tapi ada jugak yang tulis, nama=rahsia,umur=rahsia,asal-rahsia semuanya rahsia..jadi macamana la kita nak tau siapa yang nak kenal dengan kita kan.
Dan membuat lagi happening, bila autograph kita disign oleh secret admirer kitaaaaaaaaaa!!!wuhuuuuuuuu..hahaha..terasa bahagia sangat.Masa tu lah nak show off ngan kawan-kawan yang si polan tu pun minat kat kita.Ye lah, masa budak-budak kan..
Tapi zaman sekarang, mana ada autograph lagi?Budak-budak sekarang tak guna itupun untuk berkenalan.Semua dah maju.Nak kenal-kenal pun dah tak malu-malu lagi. Sekarang senang sangat nak berkenalan.Dah ada Facebook, dah ada Netlog, dah ada Tagged, dah ada Friendster.Malah dari blog pun dah boleh kenal ramai orang.Tapi pada aku autograph tu lah paling tinggi sentimental valuenya.Memang takde lagi dah zaman sekarang.Hmm..rindu pulak zaman kanak-kanak.