Selasa, 9 Oktober 2012

Mari bantu Tuan Kamal Effendi Hashim!

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, terbaca dari fb  Tuan Kamal Effendi Hashim seorang penganalisis jenayah di Malaysia telah disahkan menghidap penyakit Arteriovenous malfunction (AVM) oleh doktor di Beacon Hospital dan disarankan membuat rawatan Cyberknife
Berita ini rasanya tidaklah begitu meluas diketahui umum, mungkin hanya mereka yang rapat ataupun rakan fb Tuan Kamal.

Photo: update- i've received $2,430 thru bank transfer from people so far. Thank you for the gift of life. Here's my update at the hospital just now. Don't worry for i will fight to the last.
sumber:fb Kamal Effendi Hashim

Walaupun saya tidak mengenal rapat beliau apatah lagi beliau langsung tidak mengenali saya, jauh disudut hati saya berasa sangat kesal sebab apabila insurans yang diambil beliau tidak meliputi penyakit yang dihidapi olehnya.Kos sebanyak RM 41,820.00 diperlukan untuk menjalani rawatan tersebut yang sepatutnya dilakukan pada Isnin 8/10/12.

Beliau langsung tidak meminta-minta bantuan cuma menawarkan  khidmat beliau,  demi mengumpul dana untuk rawatan tersebut! (owhh sakit2 pun masih nak bekerja-kuat betul semangat! tapi persoalannnya sempat ke?)Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Kita cuma boleh memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada beliau.

Seandainya ada yang sudi meringankan beban beliau dan ingin beliau terus berkhidmat untuk kita, hulurlah sumbangan tersebut terus ke akaun beliau, Kamal Effendi Hashim-Public Bank Berhad 4007-85-2927..

Sama-samalah kita doakan hero kita ini selamat menjalani rawatan, dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan yang baik.

Semoga Allah swt dapat membalas jasa baik anda semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan