Lama dah tak update.
Sebenarnya banyak nak diceritakan, nak diluahkan.
Bila nak type je, aku delete..bila nak publish je, aku delete lagi.
Blog saper..blog ni aku punya ke kau punya...
Aku doakan sahabatku semoga dikembalikan kebahagiaan kepadanya.
Kebahagiaan yang diambil oleh betina yang gedik.
Apa lagi aku mampu selain menasihati.
Selain rasa marah cuma mampu beristighfar dan berserah.
Sahabat, jadikan ini satu dugaan agar menjadi kuat.
Usah percaya sumpah janji orang yang dilanda jampi mistik
Carilah jalan janganlah mengeluh
Allah ada di sampingmu
Allah tahu kau kuat mengharunginya
Adakah ini bahagianmu
Adakah ini balasanNya
Hati-hati wahai sahabat
Air tenang tak tentu tiada buaya
Sambil menasihati diri sendiri
Jangan sampai makan diri
Jangan terlalu percaya
Jangan terlalu mengharap
Jangan terlalu memuji
Walau sayang seribu kali
Walau cinta setinggi gunung
Walaupun kau tak ingin berkongsi
Jangan mudah terpedaya
Dengan kesenangan dah kemewahan
Dengan kemudahan dan kealpaan
Sahabatku,
Aku sayang kau
Aku tak mahu menambah masalahmu
Sujud lah pada Allah
Mintalah apa saja kau mahu
Pohonlah apa kau ingin
Dia akan tunaikan
Janji kau bersujud padanya
Amin Ya Rabbal alamin
sungguh indah...i likee.... :)
BalasPadamtime kasih...!
BalasPadam