Rabu, 15 Jun 2011

Segmen-Ceritakan Serba Ringkas Apa Ertinya Bahagia Kepada Anda

Ada segmen baru oleh blogger angah http://sentuhan-maya.blogspot.com/




Maksud ‘bahagia’ di dalam  http://prpm.dbp.gov.my/ ialah suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.
Apa yang selama ini yang dapat difahami bahagia sama sahaja sperti gembira.Kalau tidak gembira atau bahagia bermakna kita berduka. Bahagia dengan apa dilakukan, bahagia dengan pencapaian, bahagia dengan keputusan sendiri, bahagia bersama orang tersayang, bahagia bersama ibu bapa dan bermacam bahagia lagi.Malahan ada juga orang kurang siuman hidup bahagia, dirawat di Hospital Bahagia.
Pada awalnya aku fikir jika kita dapat membahagiakan suami kita bermakna ia suatu kebahagian juga kepada kita.Aku pernah merujuk kepada seorang ustaz mengenai kebahagiaan suatu ketika dulu.
Erti kebahagiaan kepada sebuah perkahwinan terbahagi kepada tiga faktor:-

1.       Kewangan
2.       Kepercayaan/kejujuran
3.       Cinta/Kasih saying

Dalam institusi kekeluargaan, jika tiada tiga faktor ini, tidak akan wujud kebahagiaan. 3 perkara tersebut perlu ada untuk mewujudkan kebahagiaan.Jika kekurangan satu faktor pun, maka tidak bahagialah seseorang itu. Cuba kita kaitkan satu-satu faktor tersebut.Cuba bayangkan kita ada kasih sayang dan kejujuran tapi dalam masa yang sama kewangan kita tidak menentu.Kita sayang sangat keluarga kita tapi kita malas bekerja dan tidak mahu bersusah payah memberi nafkah untuk anak isteri, sudah pasti mengundang pertelingkahan dan ungkit mengungkit. Juga cuba bayangkan, kita ada duit, ada kasih sayang tapi tidak jujur satu sama lain.Begitu juga jika kita tiada kasih sayang dan cinta maka tidak akan ada kebahagiaan walaupun punya jutaan ringgit.

Maka sekiranya kita ingin suatu kebahagiaan, pastikan ada faktor-faktor tersebut. Oleh itu, tentukanlah kebahagiaan kita dan berusahalah untuk membahagiakan. Tindakan ada di tangan kita, kita sendiri yang perlu untuk merubah diri sendiri dan jangan tunggu masa merubah segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan