Rasanya dah beberapa hari aku tak update blog.Cuma dapat blogwalking je.Komen pun jarang-jarang.
Terlalu sibuk dengan kerja-kerja rfq dengan pelbagai tawaran projek yang belum tahu dapat atau tidak.
Tapi sekurangnya-kurangnya aku lega ada satu projek di Brunei akan dimulakan.
Okay, nak sambung kerja.Macam-macam RFQ yang masuk, nak uruskan mana patut.mana yang patut officer buat je..
Jumaat, 27 Mei 2011
Jumaat, 20 Mei 2011
Nur Kasih jadi tak best!
Acah je!
Malam tadi aku ngan suami tengok Nur Kasih the movie di GSC, Dataran Pahlawan. Aku sengaja ambik tiket pukul 10.25 malam supaya tak rushing sangat bila balik kerja dengan nak uruskan anak-anak. Lagipun nak watch filem ni pertama kalinya di sana.Usually aku suka watch movie kat MBO tapi bila buka website takde pulak tayangan Nur Kasih.Nak taknak sebab aku nakkkkkkkkk sangat tengok, aku pergi jugak la tgk kat GSC.
Aduhhhhh...potong stim je..aku terpaksa ambik mood balik sebab condition pawagam langsung tak menaikkan mood nak watch movie ni. Tapi aduhai..the cinema itself memang spoil lah! Lift provided kat sana sebiji je dan crowded pulak tu.Geram! sakit hati! Last-last turun tangga..5 tingkat tu!Nyesal pun ada sebab lepas beli tiket kat dataran, barulah tau kat GSC Aeon Bandaraya Melaka ada tayangan.
Dari perasan excited giler, jadi muram giler. Tapi aku cover frustration sebab taknak dengar suami kata.."haa.. tu lah..org ajak hari sabtu taknak.!" So, kitorang tengok lah Nur Kasih..ceritanya pada awalnya memang agak membosankan sampai aku tercari-cari mana klimaks cerita tu.Toleh sebelah, suami dah krohhh..krohhh..adesss!!!dia tido pulak!Lagi la bosan!
Anyway nasib baik cerita ni best jugak.Memang demam balik la.Sekarang pun rasa demam ni.Nak keluar panggung pun bleh meleleh2 air mata lagi walaupun aku tahan tak kasi jatuh air mata tu.Aduhhh..fail! Jatuh jugak! Kalau boleh nak layan tengok sengsorang..tapi tak reti lak nak tengok sengsorang.
Cuma rasanya kalau Nur Kasih ni ditambah lagi setengah jam pun ok lagi sebab ada babak yang aku tak berapa nak paham..tertanya-tanya jugak kenapa..apasal jadi camni..Anyway congrates Nur Kasih the movie sebab rasanya dah lama tak keluar cerita cinta hot camni since Sembilu.Agak-agak brp collection dapat?

Rabu, 18 Mei 2011
BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN
tadi ben suh jawab soalan ni tak lebih dari 100 patah perkataan, sebelum kul 6, so sajer je masuk sebab tajuk dia mmg aku rasa ramai berebut nak jawab dan akupun suka nak jawab bab2 nih!ben suh jawab dengan bahasa yang lembut..bleh ke lembut..hehehe
" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI ? "
Saya setuju sangat wang hantaran memang perlu disediakan oleh pihak pengantin lelaki 100%.Sudah menjadi lumrah semenjak zaman datuk nenek kita wang hantaran disediakan pihak lelaki. Tidakkah kaum lelaki berasa bangga dan hebat sekiranya dapat menyediakan wang hantaran tersebut untuk bakal pasangan hidupnya tanpa perlu menyusahkan pihak pengantin wanita.Wahai kaum lelaki, jadilah lelaki sejati.Dari situ kita sebagai kaum wanita boleh menilai sejauh mana kekuatan, kepimpinan dan ketulusan pihak lelaki yang sejati dalam kehidupan rumahtangga yang bakal dibina dan dipimpin sehingga akhir hayat.
Surah Al Kautsar
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Selasa, 17 Mei 2011
16 tahun..
Rindu sangat ngan abah..
bila sakit je rasa nak lari kat abah
bila sedih nak pinjam je bahu abah
bila orang lain tak faham, nak tengok je senyuman abah
masa mula-mula abah takde
ebi selalu tido ngan kain pelekat abah
sampai sekarang ebi masih rindu abah
walaupun semalam dah 16 tahun abah tinggalkan ebi
ebi takkan lupakan abah
ebi doakan abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang beriman
rindu abah..!

Khamis, 12 Mei 2011
Yakss..!
Aku ada info baru.Baru tak baru la.tapi aku baru tau.tak tau lah kalau korang dah tau.
Sekarang ni kan macam-macam penyakit datang.Padahal macam2 precautions kita dah buat. Rupanya ada satu perkara yang baru aku tau ni rupanya punca kenapa kita dapat demam berulang dan sebagainya.
Sorry la ya, kalau korang geli..tapi nak citer jugak.Ni pasal toilet flush.Ahhhaaaa..!!Pelik kan?Kenapa toilet flush?
Dalam sebulan lepas aku tertekan satu channel, tak pasti channel mana satu, tapi yang pasti Discovery Channel. Mengenai implikasi toilet flushing.Rupanya, lepas kita flush apabila kita membuat ya qadzial hajat tu, ada mist yang memang kita tak boleh tengok dari mata kasar.Mist tu dikesan boleh mencapai tahap kepala malah boleh mencecah 20 kaki dan mampu menyebarkan bakteria dan virus.Cuba bayangkan bilik air kita besar mana.Dalam bilik air pulak ada toothbrush..(eeeeeee..yak keee), bakteria pulak parking kat toothbrush, kita pulak gosok gigi..wah macam bersih...!!!hehehehe(gelak gelak jugak!kesihatan kena ambil berat).Bakteria dan virus tu semua boleh pergi ke meja makan, ke pakaian kita, ke pinggan mangkuk kita, botol susu anak kita dan macam-macam lagi.
Jadi..untuk tidak menambahmudaratkan kesihatan kita, TUTUP SEAT LID ketika kita flush untuk mengelakkan penyebaran benda-benda tak sihat ni.
Oklah..rasa lega bila dapat share knowledge ni ngan kawan-kawan..well..sharing is caring!

ini bukan bakteria tau..ini kucing cute..meoww!jangan tiru aksi ini di rumah! |
Rabu, 11 Mei 2011
Pergi,pergi,pergi..Engkau pergi dari hidupku ini
Email 5Mei 2011
Apa tujuan dia?Aku pun tak tau.
Apa motif?Entah tak pasti.
Kekasih..?siapa..?aku....?bukan...kau silap
Dah dah la tu..pergi je..aku tak suka..aku tak perlukan tu

"HI SAYANG, R***K MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR BUAT KASIH YANG DI CINTAI..."
lagipun bukan birthday aku..
ke salah send?
Selasa, 10 Mei 2011
Jangan main mandi je..!
Dah sarapan belom?
Baik gi sarapan, biar berat jangan tak breakfast langsung.Pagi tadi sempat bukak MHI, info baru untuk aku, sesiapa yang tak ambil breakfast, otak akan mengecut!hehehehe...
Pagi tadi bangun pagi bau benda terbakar je, bukak pintu je jerebu. Aduh...asal panas je jerebu, asal jerebu je panas, ni mesti ada hutan terbakar lagi. Dah lah panas, kena lak hidu udara kotor. Sampai ofis pun camtu, duk dalam bilik air cond pun boleh terbau lagi jerebu asap tu lagi.
Tahun lepas cuaca panas seawal bulan Februari dan Mac seterusnya bulan April.(aku ingat sebab masa tu tengah sarat mengandung..berpeluh2 sepanjang masa) tapi tahun ni lambat pulak. Jadi bila musim panas ni, semua perkara buat serba tak kena..hati pun panas.Ikutkan hati mati, ikut rasa binasa. Bila rasa nak marah musim2 panas ni, minum air masak seteguk, hilangkan panas dalam hati, otomatik semua jadi sejuk.Kurangkan aktiviti luaran, banyakkan aktiviti indoor. Lagi satu kalau panas sangat, bila nak mandi tu, jangan main terjah ya..siram dulu kat kaki..baru naik ke badan pastu baru kepala. Sebab dah ada kes bos abang aku, tahun lepas time2 panas camni, dia mandi (guna shower offcourse), kejap2 mandi..last2 masuk hospital, masuk ICU keesokannya meninggal dunia.
p/s bulan ni bil letrik mesti tinggi sebab kerap guna aircond, takpe..cik abang bayar..lalalalala....!!

Sabtu, 7 Mei 2011
Coklat Cadbury untuk mama..
"Mama..! adik ada sesuatu untuk mama."
Berlari adik keluar dari bilik...selang berapa saat adik masuk bilik semula.
"Nah..untuk mama..adik beli coklat untuk mama!"
"Eh..kenapa..?"
"Untuk hari ibu.."
"oohh..terima kasih tau..kenapa sampai dua keping?"
"takpe mama..duit adik banyak, adik ada kumpul duit"
Terharu aku sejak last 2 years..anak aku, Adzeem umur 11 tahun pandai ambik hati aku.Romantik pun ya jugak.Adik beli dua keping cadbury tapi aku suh dia makan ngan dany.Tinggal sekeping lagi tu.
Hmm..Hari ibu esok.tapi anak aku tak sabar2 nak celebrate untuk aku.Mama tak kisah, janji anak2 mama dengar cakap mama.Kalau semua baik, hari-haripun Hari Ibu.
p/s teringat ibu kat Pekan Pahang, Puan Hajjah Ramlah Rahim..selamat hari ibu...muahh..sayang ibu!
Berlari adik keluar dari bilik...selang berapa saat adik masuk bilik semula.
"Nah..untuk mama..adik beli coklat untuk mama!"
"Eh..kenapa..?"
"Untuk hari ibu.."
"oohh..terima kasih tau..kenapa sampai dua keping?"
"takpe mama..duit adik banyak, adik ada kumpul duit"
adik beli coklat ni 2 keping kat petrol station sebelah sekolah adik.sekeping RM4/- |
Hmm..Hari ibu esok.tapi anak aku tak sabar2 nak celebrate untuk aku.Mama tak kisah, janji anak2 mama dengar cakap mama.Kalau semua baik, hari-haripun Hari Ibu.
p/s teringat ibu kat Pekan Pahang, Puan Hajjah Ramlah Rahim..selamat hari ibu...muahh..sayang ibu!
Khamis, 5 Mei 2011
Sebak...Sampai hati dia!
Dua tiga hari ni macam-macam berita dengar, pasal osama terbunuh yang sahih atau tidak, dengan cerita tunang kena bunuh, dengan cerita minyak ron97 naik harga.Tapi cerita paling meruntun hati aku ialah pasal 3 beradik yang mati kat Ulu Bendul. Semua perempuan lak tu. Aku tak kesian kat bapak diorang ni yang sama-sama hanyut tu(tapi hidup ya, kawan wanita dia pun hidup). Memula kesian gak dengar, tapi bila dengar berita radio "bapanya dan kawan perempuannya"..aku mula rasa sakit hati sangat. Sebab ingatkan diorg berkelah ngan parents diorang.Sangat-sangat sakit hati. Tapi itu perasaan aku, perasaan ibu kandung pada anak-anak tu macamana..(rasa nak meraung je ni..). Si ibu dah lah bercerai ngan suami, suami hilang..anak pun hilang!tiga-tiga mati.mana ibu ni nak menumpang kasih anak-anak lagi.kalau sorang je mati..masih ada dua..adesss..pedih jiwa raga aku.Sedih..dah la..korang yg ada anak-anak..tolong jangan aniaya anak-anak atau pasangan masing-masing ya..ya mungkin dah ajal maut di tangan Tuhan, tapi tolonglah jangan buat macam ni.Boleh jadi fitnah, macam-macam andaian orang boleh beri.
Kepada ibu Nursyaza Alisa Said Ahmad dan Nursyaza Azera ..tabah dan sabar..kuatkan semangat.Anak-anakmu menantimu di sana.Kita doakan semoga mayat Nur Shakinah dapat ditemui.Al fatihah.

gambar dari harian metro 5/5/2011 |
Rabu, 4 Mei 2011
JIKA ANDA SEORANG BLOGGER
SAYA DAPAT BANNER NI DARI http://www.benashaari.com/
- Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI
Selasa, 3 Mei 2011
Serabut di pagi selasa
Kau patut bersyukur.Jimat-jimat la belanja.Jangan boros.Kau tukarlah kereta lain.Kau jangan belanja besar.Simpan-simpan sikit.
Aku dah naik bosan, muak,jelak dengar ayat-ayat nasihat yang lebih menjurus cemburukan aku.
Memang aku bersyukur, aku masih bekerja dan dapat gaji walaupun tak seberapa.Jimat-jimat?Aku berbelanja pun sampai orang kata aku kedekut dan berkira.Jangan boros?ishh mengarut....tukar keter?memang la nak tukar..tukar lagi besar, anak pun dah empat.orang lain pun tak dapat nak menyelit tumpang.Belanja besar, mesti kena belanja besar..belanja dalam rumah, biar penuh beras dalam tong, biar ada stok minyak, biar ada milo, ada susu, ada ikan, ada ayam..kami tak makan luar sangat...ibu pesan beras dalam tong jangan biar kosong.Semua barang naik harga tapi gaji tak naik-naik.Ingatkan malas nak fikir tapi sesekali fikir jadi serabut.
Tiap-tiap hari fikir macamana earn extra money.Tadi laluan ke pejabat nampak advertisment.Hmm.macam menarik!Nanti aku call.

Langgan:
Catatan (Atom)