Rabu, 18 Mei 2011

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

tadi ben suh jawab soalan ni tak lebih dari 100 patah perkataan, sebelum kul 6, so sajer je masuk sebab tajuk dia mmg aku rasa ramai berebut nak jawab dan akupun suka nak jawab bab2 nih!ben suh jawab dengan bahasa yang lembut..bleh ke lembut..hehehe
 
" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? "

Saya setuju sangat wang hantaran memang perlu disediakan oleh pihak pengantin lelaki 100%.Sudah menjadi lumrah semenjak zaman datuk nenek kita wang hantaran disediakan pihak lelaki. Tidakkah kaum lelaki berasa bangga dan hebat sekiranya dapat menyediakan wang hantaran tersebut untuk bakal pasangan hidupnya tanpa perlu menyusahkan pihak pengantin wanita.Wahai kaum lelaki, jadilah lelaki sejati.Dari situ kita sebagai kaum wanita boleh menilai sejauh mana kekuatan, kepimpinan dan ketulusan pihak lelaki yang sejati dalam kehidupan rumahtangga yang bakal dibina dan dipimpin sehingga akhir hayat.


2 ulasan:

  1. saya berpendapat elok kalau pengantin perempuan contribute jugak agar pihak lelaki tak tertekan..after all diorg da nak jadi husband and wife kan..

    tapi janganlah sampai nak buat loan bagai..nanti anak da masuk lima pun loan utk hantaran tak habis bayar lagi..sapa yg nak jawab..

    kesungguhan seseorang tu jgn dinilai dengan wang ringgit yg dia mampu sediakan..

    Ourkizuna desu

    BalasPadam
  2. mmg betul kalau hantarannya terlalu tak masuk akal.sebab time saya dulu takde la tinggi2 cam sekarang.Rm4000 je hantaran nya..(tahun 97)..lagi bermakna kalau hantaran tu jadikan mas kawin.tp jgn over la..tul tak?mcm awak ckp sampai anak lima hutang pun tak abis2..hehehe

    BalasPadam