Khamis, 5 Mei 2011

Sebak...Sampai hati dia!

Dua tiga hari ni macam-macam berita dengar, pasal osama terbunuh yang sahih atau tidak, dengan cerita tunang kena bunuh, dengan cerita minyak ron97 naik harga.Tapi cerita paling meruntun hati aku ialah pasal 3 beradik yang mati kat Ulu Bendul. Semua perempuan lak tu. Aku tak kesian kat bapak diorang ni yang sama-sama hanyut tu(tapi hidup ya, kawan wanita dia pun hidup). Memula kesian gak dengar, tapi bila dengar berita radio "bapanya dan kawan perempuannya"..aku mula rasa sakit hati sangat. Sebab ingatkan diorg berkelah ngan parents diorang.Sangat-sangat sakit hati. Tapi itu perasaan aku, perasaan ibu kandung pada anak-anak tu macamana..(rasa nak meraung je ni..). Si ibu dah lah bercerai ngan suami, suami hilang..anak pun hilang!tiga-tiga mati.mana ibu ni nak menumpang kasih anak-anak lagi.kalau sorang je mati..masih ada dua..adesss..pedih jiwa raga aku.Sedih..dah la..korang yg ada anak-anak..tolong jangan aniaya anak-anak atau pasangan masing-masing ya..ya mungkin dah ajal maut di tangan Tuhan, tapi tolonglah jangan buat macam ni.Boleh jadi fitnah, macam-macam andaian orang boleh beri.
Kepada ibu Nursyaza Alisa Said Ahmad dan Nursyaza Azera ..tabah dan sabar..kuatkan semangat.Anak-anakmu menantimu di sana.Kita doakan semoga mayat Nur Shakinah dapat ditemui.Al fatihah.

gambar dari harian metro 5/5/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan