Khamis, 12 Mei 2011

Yakss..!

Aku ada info baru.Baru tak baru la.tapi aku baru tau.tak tau lah kalau korang dah tau.
Sekarang ni kan macam-macam penyakit datang.Padahal macam2 precautions kita dah buat. Rupanya ada satu perkara yang baru aku tau ni rupanya punca kenapa kita dapat demam berulang dan sebagainya.
Sorry la ya, kalau korang geli..tapi nak citer jugak.Ni pasal toilet flush.Ahhhaaaa..!!Pelik kan?Kenapa toilet flush?
Dalam sebulan lepas aku tertekan satu channel, tak pasti channel mana satu, tapi yang pasti Discovery Channel. Mengenai implikasi toilet flushing.Rupanya, lepas kita flush apabila kita membuat ya qadzial hajat tu, ada mist yang memang kita tak boleh tengok dari mata kasar.Mist tu dikesan boleh mencapai tahap kepala malah boleh mencecah 20 kaki dan mampu menyebarkan bakteria dan virus.Cuba bayangkan bilik air kita besar mana.Dalam bilik air pulak ada toothbrush..(eeeeeee..yak keee), bakteria pulak parking kat toothbrush, kita pulak gosok gigi..wah macam bersih...!!!hehehehe(gelak gelak jugak!kesihatan kena ambil berat).Bakteria dan virus tu semua boleh pergi ke meja makan, ke pakaian kita, ke pinggan mangkuk kita, botol susu anak kita dan macam-macam lagi.
Jadi..untuk tidak menambahmudaratkan kesihatan kita, TUTUP SEAT LID  ketika kita flush untuk mengelakkan penyebaran benda-benda tak sihat ni.
Oklah..rasa lega bila dapat share knowledge ni ngan kawan-kawan..well..sharing is caring!
ini bukan bakteria tau..ini kucing cute..meoww!jangan tiru aksi ini di rumah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan