Jumaat, 29 April 2011

Cegah sebelum parah..!

Biasanya hari jumaat bila rehat dua jam aku memang balik umah balun tido.Tapi hari ni tak balik, sebab tak boleh nak balik, nak balik pun memang tak boleh balik..sebab kereta suami guna untuk pick up Mirza dari asrama. So pagi tadi keje mintak tolong adik ipar hantarkan.Yang follow sekali, ibu ngan anak-anak buah, Damia n Hasiff. Ibu dapat cuti seminggu dari abah so dapat la bincang topik2 terhangat di pasaran..hehee

Jadik apa lagi..!, kebetulan zack pun tak balik break dua jam ni, kitorang pun lepaklah kat ofis.Dalam lepak2 sempat bercerita pasal family planning. Aku kalau boleh memang nak plan baekk punya supaya tak termengandung lagi.Maklum le, umor dah meningkat remaja senior..hehehe..rasa-rasanya dah cukup-cukup lah dengan 4 anak, 3 lelaki, 1 girl. Kira ok la, kalau angkat meja tu, dah stabil!

Sebelum ni memang aku sumpah tak pernah makan pun pil perancang!Pandai-pandai sendiri je.Aku tengok ada tiga empat jenis cara nak plan, antaranya Pil, Kondom,Suntikan, IUD, IUS (apa tu?), Implan. Hishhh..seram je dengar especially IUD.

Aku ingat nak ambik Pil Yasmin, sebab tengok ramai yang rekemen pil ni.Kebaikannya tidak ganggu berat badan, period tak terganggu, hormon tak terganggu dan boleh cantikkan kulit kita.Dan seterusnya terus disayangi suami..hehehe..muah muah muah!!! Harga nya mmg mahal skit tapi takpe kot, bukan apa ini untuk kesenangan dan kebahagian kita dan suami kita..!!!Bukan apa, aku nak jaga balik prestasi balik, nak naikkan saham balik, nak tambah kualiti kehidupan...ya, lagi sekali, bukan untuk sesiapa yaaa..untuk suami kita!! Lagipun aku risau sebab sejak berat badan meningkat ni, buat aku sakit kepala memikirkan.Jadi, aku nekadlah nak guna Yasmin. Time anak dara dulu 45kg, lepas salin sulung, jadi 51kg, salin anak no 2, jadi 52kg, salin anak no 3, naik 56kg..masuk anak no 4..ya ampunnnnnnn!!! naik 64kg..cer citer cer citer!

Untuk yang belum kawin, jangan salah guna ya, nikah dulu sebelum kawin.Untuk yang dah kawin and kawal-kawal production, plan betul-betul..jangan dah jadi baru nak fikir camner nak  buang.Astaga..dosa tau tak! Kalau dah kawin tapi takde anak, tak payah la rancang camni, buat apa kawin kalau nak rancang unless sebab-sebab yang logik Dah tu, esok lusa bila nak anak,  Allah tak bagi jalan baru nak nyesal. Hmm macam aku ni, rasanya dah masa manjakan diri, manjakan suami.Masa untuk tengok anak-anak membesar, selain menanti Arissa bertatih ni.

Rabu, 27 April 2011

Buntu

Buntu
dengan masalah dia
masalah si polan
equal masalah aku?
Malas nak fikir
...nak enjoy
...nak lari je
...refresh!
jauh sudut hati..terbuku, serabut, bungkam, sedih, sepi

Isnin, 25 April 2011

Rasa nak sepak je!

Puan Setiausaha Eksekutif: Tolong beritahu kepada semua staff, mereka hanya boleh beli makanan di kantin apabila siren break berbunyi, ini arahan MD, semua patut patuh

Kakak Kantin : Baik

Puan Setiausaha Eksekutif : Jangan jual selepas jam 8 pagi

Kakak Kantin : (Dalam fikirannya : Bodoh punya perempuan)

dan pada jam 8.15 pagi..ring ring...

Kakak Kantin : Heloo

Puan Setiausaha Eksekutif: Tolong hantarkan nasi lemak ke bilik saya...

$#!@*&%!!

pakcik : perlukan bantuan kamu semua, pakcik kesempitan wang dan tiada sumber lagi

makcik: betul, bantulah seikhlasnya kerana kami tidak terdaya lagi

dia : insyallah, kami usahakan

suami dia: apa mak cik dan pakcik mau

pakcik : terpulang lah, pakcik terima sahaja..(sambil bergenang air mata)

kerana kasihankan pakcik dan makcik akibat ketidakendahan orang lain, dia dan suami cuma mampu beri yang termampu ..pinggan makan baru berjumlah RM100.00 untuk kedai makan baru pakcik makcik  yang dibeli di kedai 2 ringgit padahal suami isteri itu sendiri kesempitan.

seminggu kemudian, dia dan suami dia bertemu kembali untuk melihat perkembangan...

makcik : makcik nak bercuti di brunei dengan suami

pakcik : (senyum kambing)..jkami pergi dengan 2 pasangan suami isteri lain

dia dan suami : (terkejut)

makcik : dah tempah sebelum rancangan bukak kedai, naik kapal terbang ke sana

dia dan suami ternganga melopong.......???

Khamis, 21 April 2011

Selamat Hari Jadi Zack!

Semalam 20/4/2011, birthday Zahirah, best fren kat opis..thn lepas x dpt celebrate sesama sebab aku dalam pantang. Aku, kak hasrina, wanie, echah, kak zie and azad buat surprise bday untuk dia..tp wanie tak dpt attend sebab bawak nisa g check up.Sebabkan zack dah tau rentak kitorang, dia takde berapa nak surprise..hehee tapi kak zie and echah lak yang surprise sampai tak sempat nak nyalakan lilin masa zack masuk office .Jom layan gambau2 ni..,


bday momma ngan perut dia (tahun lepas pun camtu..hehehe)

spongebob cake

dari kiri, azad,echah,kak zie,kak hasrina, aku, bday momma zack

kak hasrina belanja domino's pizza


<>
potong leklok, jangan senget!


ambik berkat..aku takyah lagi!eksen je
untuk zack, selamat hari jadi ke 28, panjang umur murah rezeki, semoga persahabatan dan kejujuran kita sebagai sahabat berterusan ya...lap u! muahh!

Selasa, 19 April 2011

Mama dating jap je..

Mintak-mintak 19/5/2011 ni, plan nak tengok Nur Kasih the movie menjadik! Aku ada baca sinopsis dia tapi malas nak citer sini, nak tau pergi je tengok sendiri.
Plan nak pergi ngan suami je..anak-anak duduk rumah ya.Mama nak dating ngan abah kejap je.

Isnin, 18 April 2011

Melayu jadi Mekasa..boleh?

Hari ini tetiba je rasa sayuuuuuuuuuuuuu sangat dengan sikap orang Melayu kita. Semakin lama ada yang semakin sombong, semakin lupa diri, lupa asal usul. Dah lupa ke dengan perjuangan datuk nenek kita dulu-dulu macamana nak selamatkan Tanah Melayu dulu?Kita bukan hidup menumpang di bumi orang, kita bukan hidup berhijrah dari negara lain ke ke Tanah Melayu.Kita ada negara kita sendiri.Semua hasil bumi ada, sampaikan macam-macam bangsa dan negara datang nak jajah Tanah Melayu masa tu. Tapikan..aku tengok, aku perati je..aku fikirlah kan...sampai bila negara Malaysia yang kita cintai ini akan kekal di perdana menterikan orang melayu?Aku pun taklah pandai politik, tapi aku tengok dari sudut hati dan akal aku sendiri.Even sekarang pun ada yang cuba untuk menidakkan keistimewaan Melayu. Orang yang menidakkan tu pun orang melayu kita jugak. Apa dah jadi?Apa nak jadi?Kat Malaysia, apa yang aku tahu tanah Melayu kita ni, orang yang paling kaya ialah orang Cina.Dalam sepuluh terkaya kat Malaysia pun ada sorang je Melayu yang kaya.Alhamdulillah.Tapikan, jauh sudut hati aku, aku takut sangat sebab bangsa lain lebih kuat dari segi politik, kaum dan economically tak usah cerita lah. Kita nampak bangsa lain ni macam kasar je kan, tapi diorang ni dengan bangsa diorang sendiri diorang sangat bersatu dan kuat.Tapi orang kita ni je, cuba tengok macam-macam parti dah ada.Bermakna orang melayu sendiri tak satu hati.Bangsa lain tengok kita gelak aje.Dalam baik diorang sokong kita tp dalam baik diorang bina kekuatan bangsa diorang.Tak mustahil satu hari nanti Malaysia boleh jadi cam Singapura tapi aku berdoa sangat jangan la sampai jadi macam tu.nauzubillah!Tak kira apa pandangan politik kita sebagai orang Melayu tapi tolonglah bersatu, kuatkan lah balik semangat Melayu kita..atau perlu ke kita tukar Melayu tu jadi Mekuat?atau Megagah?atau Mekasa?Mekasa pun best shortform Melayu Perkasa..betul tak..hmmm..Jom kita tengok kat sini saper yang kaya kat Malaysia ni :-

http://beritasemasa.com/terkini-senarai-orang-terkaya-di-malaysia-2011
   
Lepas ni kita renung-renungkan, fikir dalam-dalam, kita orang Melayu tak berapa nak kaya dalam Malaysia ni, (akupun tak kaya..boleh dikatakan golongan berpendapatan rendah) tapi sebenarnya kita kaya budi bahasa, kita kaya adat resam, kita kaya tolong menolong, kita kaya kesopanan dan macam-macam lagi perkara-perkara murni yang pada pendapat aku tak ada pada bangsa lain.Tapi dah sah-sah kita tengok bangsa lain dah bina aset kat negara Melayu kita ni, tapi kita orang Melayu asik bergaduh sesama sendiri, bangsa lain dok gelak ramai-ramai kat tepi tu. Kalau ada yang berjaya pulak, ada je yang dengki. Bila dah kaya pulak menyombong. Dah mula taknak campur ngan golongan bawahan.(sambil tu menasihat dan mengingatkan diri juga).Percaya tak sekarang pun sikit-sikit orang cina dah beli aset kita, contoh cam tanah rezab melayu, projek, asb(jangan tak caya ya..).Lama-lama aku takut takde Malaysia satu hari nanti, aku takut takut esok takde Jalur Gemilang. Aku ada satu lirik lagu untuk korang hayati..kalau tau lagunya, nyanyi la sekali.Aku first time nyanyi lagu tu masa umo aku 10 tahun, masa tu ada camp untuk Kelab Teater kat Melaka.Sampai sekarang kalau nyanyi aku rasa sayu je.

Warisan (Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Janganlah buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuska sengketa
Teruskan usaha
Kitakan gagah di nusantara
Kitakan gagah di nusantara
Kitakan gagah di nusantara
Kitakan gagah di pentas dunia

Khamis, 14 April 2011

Senang ati punya pasal..ni le jadiknya

Fuuhh..penat mak jawab nakk!

Tadi masuk lambat ke ofis, plan bawak Arissa untuk check up setahun.Tapi kensel sebab Arissa dah ceri beri cam wanie cakap.Hari ini pun serba serbi cam malas je, hampir-hampir rasa malas nak masuk ofis, tapi aku masuk jugak, jebat!
Hari ni pakai baju besau skit sebab badan dah besau..lgpun aku dah tak heran saper la nak pandang aku lagi tp janji senonoh la.
Tetiba tadi ni ha ada budak akaun intercom aku.."Kak, akak ngandung ke..?" Aku tergelak meraung kat dia.."Waaa..hahahaha.!!!" Dia tanya lagi..."Ye ke kak..confirm ke..?!" Aku gelak meraung lagi.."Waaa..!!!Apasal?Sape cakap?"...aku mula cuak.."Ala kak, orang tengok badan akak makin naik.." Lagi la aku meraung...
Jap lagi mula la aku surf produk apa bleh slim shadykan balik body ni..mulalah susah hati!Nak joging maleh, futsal dah bertahun tak gi, badminton pun lama tak main, pergi gym sekali dua je pergi, nak g sengsorang segan ahh!Puasa lagi baik, puasa pun blom ganti lagi ni..korang dah ganti tak?Kalau gym bang ben tu seberang jalan, bleh suh bang ben jadi instructor!

Rabu, 13 April 2011

Sesak la Melaka oiiiiiiii..

Minggu ni minggu pesta di Melaka sebab 15 April 2011 ni, sambutan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Kalau nak tengok apa function ada kat Melaka bulan April ni, jom terjah web ni : http://www.melaka.gov.my/bm/kalendar-acara/311-april-2011.html
Bila ada Hari Melaka Bandaraya Bersejarah, wajib ada Pesta Gendang Nusantara. Memang seronok dapat tengok pesta ni sebab bukan saja kumpulan gendang dan kebudayaan dari Melaka atau Malaysia yang perform tapi dari negara Indonesia, China, Singapura, India, Uzbekistan, Filipina dan lain-lain.
Jadiknya, bila ada pesta kat Melaka, mula la sesak Melaka ni..dah jadi cam KL lak sesaknya..
Malam ni aku ingat nak pergi jengah jap sebelum 15/4 ni.Katanya ada pocket show, tak tau la mana tempatnya, kena tanya pak sedara yg keje ngan MBMB.


Pesta Gendang Nusantara 2010 (gambar diambil dari google image)


Selasa, 12 April 2011

Fikir sebelum kawin

Kahwin?

Kalau aku dulu bila dengar orang nak kawin, aku memang excited giler bukan sebab apa, sebab time tu la boleh pakai macam-macam baju. Macam-macam baju yang lawa-lawa boleh pakai. Jadi ditakdirkan aku pun berkawinlah, memanglah paling aku suka dapat kawin dengan lelaki yang aku cintai dan rasa dah bersedia.Bila orang tanya dah bersedia ke, aku jawab dahhhhhhhhh.Dan menambah manis perkahwinan aku tu, aku dapat tukar-tukar baju dari hari Rabu sampai hari Ahad..perghh memang la penat giler.Sampai nak muntah tukar-tukar baju, tak cukup rehat, tak cukup makan.Makan memang ibu aku control supaya atas pelamin nanti takde la perut meragam..
Tapi tau tak, adakah korang semua betul-betul bersedia?Maksud bersedia dari apa yang aku rasa aku patut share ngan korang ialah, perkongsian hidup antara suami dan isteri secara zahir dan batin, termasuk dari segi perasaan, understanding, kejujuran, kepercayaan, kewangan dan ada pecahan-pecahan lain yang korang takkan jangka contohnya gangguan orang ketiga. Bila kata orang ketiga ramai kata pompuan lain atau lelaki lain yang cuba kacau pasangan kita.Tapi ada jugak gangguan secara halus, gangguan halus oleh ibu bapa sendiri sebab anak-anak sentiasa menganggap parents mereka parents terbaik dalam dunia. Ada suami tak suka kalau kita komen parents dia, macam kita pun tak suka suami komen parents kita.Bukan parents dia pun yang jaga kita sampai dapat buatkan majlis untuk kawinkan kita ngan pasangan kita. Tapi itu pucuk pangkal hati. Dalam hal ini penggunaan akal sangat penting.Kedua-dua pihak kena bijak tangani supaya tak ada yang kecil hati tapi macamanapun perasaan kecil hati, jauh hati, terasa sedikit sebanyak pasti ada.Tipu kalau korang kata korang tak jeles.
Tau tak, kasih sayang, kepercayaan dan wang adalah faktor utama untuk membina keluarga bahagia?Ada jugak yang masih kata duit tak penting, yang penting cinta. Sebenarnya dua-dua sama penting.Boleh ke korang bahagia kalau beras dalam rumah dah tak ada?Ibu aku selalu pesan, beras jangan tunggu habis baru nak beli, memang dah jadi kebiasaan aku beli beras 2-3 beg untuk simpanan kat umah.Sebab tu aku pelik bila ada org kata takde beras lagi kat umah.Alhamdulillah aku sempit macamanapun, duit dah abis sebelum masa, tapi ada gak beras, cili, garam, gula kat rumah.Suami isteri sebenarnya kena ada komunikasi.Jangan bagi satu pihak sahaja yang memerintah dan seorang lagi menurut.Biasanya yang menurut tu, isteri lah..tapi ada juga yang menurut tu suami.Apapun pendapat pasangan kita kena tolak ansur, tolerate. Begitu juga kalau cerita bab duit, kita kena monitor perbelanjaan dalam rumah, jangan main lantak je.Bila poket dah kering, masing-masing akan timbul rasa marah.Orang yang selalu marah ialah orang yang takde duit.Bila dah marah, jadi le kawan syaitan, maka porak peranda la rumah. Ini contoh untuk orang yang berpendapatan rendah, lainlah orang yang berpendapatan tinggi dan ada simpanan yang banyak.Kalau duit dah banyak pulak, lain pulak cerita, ya tak..tepuk dada tanya iman.
Kepercayaan, itu bagi aku sangat-sangat penting..weiii..kalau takde trust ni, baik korang jangan kawin la walau tinggi gunung cinta korang. Kalau asik tuduh tu tuduh ni, sangka tu sangka ni..lupakan la..cari yang lain!Buat pening kepala, buat sesak dada kalau bila tiap2 kali nak kemana-mana nak kena inform, ehh..nak mandi pun nak kena inform ke.Kalau belum kawin konon-konon sweet, lepas kawin rasa rimas le pulak!
Perasaan curiga perlu ada, sedangkan lidah lagi tergigit.Kalau rumahtangga tu asyik best je, semua baekk jer..kena hati-hati jugak, mesti ada tak kena.Nak dicerita pasal alam rumahtangga ni, sangat-sangat complex dan tak akan abis selagi ada nyawa dikandung badan.
Nak jadi pasangan yang baik kepada pasangan kita,bukan dalam tempoh yang singkat.Aku tak percaya kalau korang yang baru setahun jagung kawin kata korang paham sangat ngan pasangan korang. Baru kawin setahun dah pandai nak nasihat orang contohilah dia.Bagi aku sendiri, setelah 14 tahun berkawin, baru sekarang aku kenal luar dan dalam suami aku sepenuhnya.Begitu juga suami terhadap aku.Untuk mengenali hati dan budi pasangan kena ambil masa. Sebab tu banyak pertelingkan pendapat berlaku sedangkan benda tu boleh diselamatkan, tapi disebabkan ego, banyak rumahtangga terkorban, anak-anak jadi mangsa.
Jadi, renung-renungkan lah..belajar yang baik jadikan pedoman, yang tak baik tu jadikan sempadan. Ada satu petua untuk korang, insyallah kalau percaya lah..tiap kali pasangan kita tidur, kita bisikkan kata-kata hikmat kita kat ubun-ubun dia.Tapi aku jarang dapat buat sebab aku selalu tido dulu, hehehe..agaknya suami yang bisikkan.
contoh keluarga bahagia
Selamat menempuh alam rumahtangga, selamat melalui alam rumahtangga, selamat mengukuhkan rumahtangga!

Isnin, 11 April 2011

Cantik takkkkkkkkk?

Hai uoallllllllss..wah gedik giler!

Hari ni kak bedah nak tayang kek kak bedah tempah kat adik kawan (Azizi) yang keje kat hotel Everly Resort, Melaka..jangan marah ye..hotel lagi! Maklum le, dulu asik tempah jejauh..kat italy lagi.Tapi JAIM dah kata tak halal, lagipun kat italy tu tak sedap pon, harap lawa je..
Ini orang kita yang buat..sedap lagi!Untuk pengetahuan semua, ini kek butter ya..x main span2 ni..aww..gedik lagi!











Cantik tak..kek ni namanya Blueberry, aku tempah masa bday ibu,adik, anniversary aku n hubby serta advance bday anak kedua aku...cantik kannn...
















ni lak kek aku tempah masa bday Arissa hrtu, itupun main tempah je, lupa nak suh letak nama Arissa, tp tak kisah sebab Arissa pun tak kisah pun!


Bukan setakat lawa je ya..mmg maveles sedap gitu!

Khamis, 7 April 2011

Makanan untuk baby setahun ke atas

Minggu lepas Arissa demam lebih dari 2 hari, temperature naik almost 40 degree.Bila dah sihat, aku masak semula bubur favorite dia, bubur + ayam + kentang + carrot. Kebiasaannya dia akan makan lebih dari 10 sudu baby tu, tp kali ni dia makan skit je..siap tepis-tepis ngan tangan dia. Ishh..aku mula la risau, kenapa taknak makan pulak, akupun taste le..eh ok je..suap dia lagi pun sama jugak dia tak nak.Akupun ngan hampa letak mangkuk bubur ke dapur, buat la dia susu + nestum beras sebagai ganti makan dia.
Sejak tu mmg dia kurang nak makan, badan pun dah susut. Aku ingat nak tukar lah menu untuk Arissa, agaknya dah jelak kot.Aku try la jejak-jejak menu untuk Arissa makan dalam internet;

Makanan Yang Sesuai

Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan pertama bayi ialah

* Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
* Pisang lenyek
* Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
* Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
* Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa




ANTARA RESEPI-RESEPI:-...(ambik mana yang logik je..)

#1
* 2 sudu besar beras.
* 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
* 1 pokok sawi dipotong kecil
* 1/2 batang lobak merah dipotong kecil
* Sedikit kiub ayam tanpa msg
* Sedikit garam
* Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
* Sedikit santan
* Sedikit isi ayam yang dicincang
* Sedikit daging yang dicincang
* 500 ml air
* Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

1. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
2. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging
3. Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.
4. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi anda


#2
sedikit beras
ikan merah/tenggiri/bawal/
sedikit halia
seulas bwg putih
kentang/carrot/brokkolo/kubis bunga
sedikit daun sup/ daun bawang

Cara-cara


panaskan minyak
tumis bwg putih dah halia hingga naik bau
masukkan isi ikan
masukkan beras yg sudah di cuci bersih
masukkan kentang / brokolli/carrot (ikut suka)
masak sampai beras masak
taburkan sedikit daun bwg/sup...

utk perasa, gunakan ikan bilis yg di blender, tabur sedikit masa nak suap baby.
sedap....

 #3
Bahan-bahan

* 1 cawan jus
* 1 cawan tepung
* 1 cawan bijirin segera bayi

Cara membuatnya

* Campurkan semua bahan
* Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
* Bakar 20-30 minit pada suhu 350�F (175�C).
* Bolehdibekukan


#4
Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kiub daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa


#5

Ada satu resepi aku sendiri:-

Bahan-bahan:

Bawang putih (hiris-hiris)
Bawang besar(hiris-hiris)
Air
Mi sua (rendam)
Telur ayam

Cara-cara

Tumis bawang putih dan besar
Bila naik bau, masukkan air
Masukkan mi sua
Pecahkan telur ke dalam kuah yang hampir nak mendidih
Bubur garam skit jer.


contoh

carta makanan untuk baby

OK selamat mencuba..!

Rabu, 6 April 2011

Jom Soley Soley..

Kalau sesaper yang dah tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah, mesti teringat giler ngan gelagat kelakar giler si Johan ngan Usop Wilcha nyanyi lagu tu..boleh senyum sorang-sorang atau tergelak masa driving. Nak tau lirik camner lagu tu, jom soley soley!

SOLEY SOLEY - MIDDLE OF THE ROAD

Just a little bit lonely
Just a little bit sad
I was feeling so empty
Until you came back
Until you came back
Until you came-

Ooh Soley Soley
Soley Soley
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Just a little bit closer
Can you lay by my side
Can we get it together
Lazing in the sand
Lazing in the sand
Lazing in the-

Ooh Soley Soley
Soley Soley
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Soley Soley Soley Soley So-o-ley
Soley Soley Soley Soley So-o-ley
Soley Soley Soley Soley So-o-ley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Ooh Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley (Soley-ley)
Soley Soley

Ooh Soley Soley


Sweet pee..hehehe cer teka...cer teka

Baru baru ni ada kawan punya adik perempuan, meninggal sebab kencing manis.Umo dia muda sangat tak sampai 30 pun. Orangnya cantik, kebetulan dia memang orang kelantan..kencing manis dia bermula dengan mata rabun, lepas tu buta (cuma boleh nampak bayangan aje), lepas tu dengar cerita dia terjatuh, lumpuh pulak separuh badan, lepas tu ada pulak luka kat kaki, potong pulak kaki..sebulan lepas tu dengar pulak dia dah meninggal..sekejap aje Tuhan nak tarik nyawa. sikit-sikit dia tarik kenikmatan yang ada.

Tadi tengok boss, jab sendiri insulin kat perut dia..aduh ngilu tengok..tp tengok dia selamba badak je...
jadi apa kata aku share2 skit info ni untuk kita semua..:-


Tanda-tanda awal kencing manis boleh di kesan melalui jika:
  • Keluarga anda mengidap penyakit kencing manis
  • Anda berusia 35 tahun dan mempunyai masalah berat badan
  • Anda kerap kencing daripada biasa
  • Anda sentiasa dahaga dan lapar
  • Jika terluka atau tercedera, lambat untuk sembuh
  • Anda kerap mengalami jangkitan dan kegatalan di bahagian kemaluan


Kita orang Malaysia memang dah biasa makan benda manis-manis, kalau tak manis..tak manis la kehidupan, jadi kita monitor lah pemakanan kita ya..Selamat Beramal!

Selasa, 5 April 2011

Sampai bila nak nafikan..?

Pagi tadi sempat buka youtube bila ada cerita-cerita kata dah ada 'tayangan perdana' aksi orang kuat parti pembangkang yang tak berapa nak adil tu..Aku sempat tengok tayangan seminit tu sebelum ditutup oleh pihak berwajib.Entah la..tak tau nak cakap macamana lagi sebab walaupun tayangan itu sekejap dan hitam putih tapi aku rasa mmg betul la si polan tu tapi kenapa la ramai nak menafikan?
Tak kira lah apa konspirasi di sebalik tu tapi polis pun dah sahkan ketulinan video tu, kenapa ada lagi menafikan dan mengatakan itu super impose? Sampai bila nak cover orang macam tu..?
Tapi itu dia kan..tapi macamana ngan bini dia? Tak pernah terdetik ke dalam hati sebagai seorang wanita, sebagai seorang isteri yang kita tau sedikit sebanyak mesti ada hati yang tulus dan suci pasti akan tertanya-tanya dan terfikir akan tabii suami yang macam tu?Buta ke apa bini dia tu?
Ataupun dia sendiri dah diugut oleh suami ataupun dia sendiri nak jaga cerita dalam kain keluarga?Macamana nak jaga kain sendiri kalau suami sendiri yang kirai kain sendiri?
Moral of the story jaga rumahtangga dulu sebelum nak jaga negara..yang penting solat jangan diabaikan.

5 APRIL 2011

Hari ini 5 April 2011, genap setahun umur satu-satunya baby girlku, Dhia Arissa Imaan binti Zamani.Mama cuma nak Dhia jadi anak solehah dan beriman, jaga kehormatan diri dan menjadi insan yang mulia dunia akhirat, amin.Nenek pun ada sms, nenek tulis, "Assalamualaikum pda smua, trutama cucunda Dhia Arissa Imaan Sayang, slamat mnymbuit ulang tahun kelahiran, doa nenek smoga dhia sentiasa sehat,cantik,ceria dan membesarmu pnuh dngan keimanan amin!"

Hari ini jugak, anak keduaku, Muhammad Adzeem Zamani ada perlawanan hoki peringkat sekolah di Stadium Hang Jebat. Terkilan jugak sebab mama tak dapat tengok adik berlawan sebab lately mama dah banyak ambik leave, sampai tolak gaji tapi takpe, mama wakilkan abah tengok ya.Adik pakai kasut baru mama beli semalam ngan abah kat Al-Ikhsan.Baru kejap abah called mama kata kat stadium ramai orang...meriah!bertambah ralat mama dengar.Mama suh abah tengok adik lawan, bagi support kuat-kuat kat adik!

Hari ini jugak, anak sulungku, Muhammad Mirza Zamani, masuk kelas semula di MRSM Alor Gajah setelah mendapat mc akibat demam dan selsema. Mama tau abang kuat dan memang mama tau sangat abang boleh berdikari, insyallah. Belajar rajin-rajin, study smart, jadi anak yang boleh mama dan abah harapkan. Paling-paling pun bantu diri sendiri, majukan diri bukan untuk siapa, untuk diri sendiri juga, sekaligus menyenangkan mama dan abah.

Hari ini jugak, anak ketigaku, Muhammad Diniy mesti suka tengok abah dia ada kat rumah, boleh buatkan dia susu lepas balik sekolah. Kesian Diniy, hari-hari balik sekolah kena survive sendiri pada umur 7 tahun, semua perkara boleh katakan dia survive.Cuma risau jugak keselamatan dia.Apa yang mampu berdoa dan tawakal pada Allah swt.




Jumaat, 1 April 2011

Janji Atok dah tau

Nak tau tak..(cer citer..cer citer..!)

Lately macam-macam benda pelik terjadi pada aku.., nak dijadikan cerita lebih kurang 3 bulan lepas..;

1. memula perkara ni terjadi, masa tu cam biasa nak hantar baby girl dhia arissa imaan ke umah mak usu..so mcm biasa lah..guna pintu keluar masuk yang sama (maklumla umah ada 5 pintu keluar masuk..hehehe)..sarung je selipar..turun bendul..tetiba rasa gelap sunyi..alih-alih tau2 je aku dah tertiarap dengan arissa dalam pelukan aku lagi, nasib baik dia tak apa-apa..cuma dia pun nampak cool tp terkedu kot...dalam otak ni berpusing-pusing..macamana aku boleh terjatuh..tak ada benda yang tersadung..kaki pun tak sakit..tak luka pun tak terseliuh langsung.Kebetulan pak busu ada depan rumah..berlari dia g selamatkan arissa..(bukan aku)..aku pun ngan muka bengang and bangang..terus bangun sebab malu jatuh cam nangka busuk, pastu aku menonong (org melaka punya bahasa) terus masuk bilik...duduk jap ambik napas..sambil berpikir2 and selawat banyak2..kenapa aku boleh jatuh..????
pastu aku wat selamba balik...buat2 cam tak ingat kejatuhan tu..aku pun pergi la keje...sambil drive tu pun pk gak lagi..kenapa la kan..So..aku matikan air je la..aku kata mmg aku cuai..ok abis dah satu cite..

2. Lepas seminggu kejadian..malam jumaat, khamis malam jumaat..kebetulan lak memang bulan penuh..berkata gak dalam hati..eh eh..bulan penuh..lain macam..isshh..apa aku pk kan ni..kan..so selepas aku ngan suami hantar anak-anak mengaji kat Cheng, aku pun duk depan tv tengok citer Saka Jentayu, mmg best lah lakonan zarina zainurdin..macam real...macam aku je..hehehehe..abis citer tu sambung citer Ghost Adventure pulak..memang adventure betul! seram seram geli camtu..hahahaha..
pastu tgk suami makan megi..cam sedap..makan sorang je lak tu..tak ajak..toleh2 je da abis..so ngan manjanya (buat suami geram je...jangan marah eh).."yang..masakkan i megi cepat masak sedap dimakan tu..." aku pun continue tgk citer tu..masa tu kul 11.40malam...suami g je dapo..ingatkan dia eksen je...rupanya2 memamg dia masakkan...wow! maveles tu!..jangan jeles lagi ya
Aku pun makan la dengan penuh kesopanan sebab megi tu panas...(makan kat tepi katil yang ada side table..baik punya port)
Dalam tengah makan-makan, agak-agak 2-3 suap..aku terbau sesuatu..kejap-kejap ternaik idung ni..mengecam bau..hmmm..bau apa ni ek..aku hidu le megi tu..eh bau megi..pastu makin menusuk-nusuk..eh tak puas ati...pandang keliling dalam bilik..abis tu nampak cam asap nipis..perlahan je..terdetik kata..eh apa yang terbakar ni..tengok2 lagi keliling..tau2 dah penuh satu bilik..cam kat genting je, aku pun apa lagi.."Keluarrrr....terbakar-terbakar..Asap! Asap!! tengok2..tutup! tutup semua suis..plug semua off.."...Suami pun terpinga-pinga selamba g offkan apa yang ada..pastu dia tanya aku..apa pasal ni..mana ada terbakar ni..mana ada asap?!!!aku kata ada lahhhh..asap! bila aku tengok balik dah takde asap..memang clear..eh eh..pelik..mana datang asap tu eh..akupun bukak pintu bilik konon nak ajak suami and anak-anak lari...dah dia sergah aku suh aku duduk..Akupun terkeruk-keruk kepala yang tak gatal.Suami pun tukar channel..suh aku ambik wuduk..baring diam2..mcm budak kecik..akupun follow.Suami diam tak terkata..akupun diam tak terkata apa.
Esok tu..aku bgtau suami bawak g umah datuk.Suami kata alah..takde apa la..So, cmne nak pujuk dia ni..kebetulan arissa pun macam tak berapa sihat, suami kata "jomlah, i pun rasa nak jengah datuk..lama tak jumpa, alang-alang tanya sekali" Malam tu aku pergi la kat datuk bawak air untuk ditangkal datuk.Pas borak-borak ngan datuk, aku pun kuit suami.."cakap la ngan datuk.."
"Tok, semalam Baby (nama manja aku..) nampak asap..bla bla bla..Atok pun tanya bila, di mana, bagaimana...bla bla bla...atok suh ambik air..pastu atok toleh-toleh kat luar umah dia..2-3 kali dia toleh.Pastu atok kata..hmm..memang ada, apa la nak jadik ngan korang ni..mak kau (kitorang panggil arwah nenek, mak) meninggal, macam-macam benda korang ni menyusahkan hati perut aku"
So bila atok kata memang ada, meremang-remang bulu roma suami, aku tak pulak meremang..pelik kan.Atok kata apa 'dia' nak ni? Atok pun berpesan-pesan ngan aku dan suami.Atok bekalkan air,lada hitam ngan garam kasar.Suami pun tanya atok, benda baik ke tak baik..datuk senyum menggeleng-geleng, datuk kata "datuk pun tak tau nak cakap"..sambil senyum-senyum..Kitorang tau yang datuk tau..mungkin dia taknak kitorang takut kot..
Esok tu, aku bertanya dengan seorang kawan yang ada sixth sense..disimpulkan pada pandangan dia, dia cakap benda tu budak kecik..anak bunian, dia masuk masa aku terjatuh tu, budak tu memang nakal, nak mainkan aku, jadi bila aku masuk, diapun ikut masuk.tak keluar2..(akupun terpk..dia bleh nampak la apa aku buat selama ni dalam bilik..grrrrrr...errrr)no wonder aku rasa macam diperhatikan sepanjang dia ada dalam umah tu..jadi pada malam yang aku nampak asap tu ialah dia..dalam bentuk kabus..memang asap tu keluar kat pintu bilik...akupun tanya kawan aku, mesti dia ada mak, kan..?memang mak dia cari..tp mak dia tak boleh masuk sebab apa aku tak sure,kawan pun ada cakap, jaga arissa baik-baik, jangan biarkan dia sorang-sorang, ..taknak tanya lagi lah..nanti jadi taksub pulak..aku matikan cerita...janji datuk dah tau..tp kalau atok dah takde dalam dunia ni..macamana?
(macam ni lebih kurang kabus tu...)

Nak tau since that aku jarang bukak citer2 seram ni..sebab suami takottttttttt..hehehehe
Lepas ni jangan la ganggu anak-anak aku lagi, main la jauh-jauh..aku tak ganggu kau, kau jangan ganggu aku.
Wallahualam.