Selasa, 12 April 2011

Fikir sebelum kawin

Kahwin?

Kalau aku dulu bila dengar orang nak kawin, aku memang excited giler bukan sebab apa, sebab time tu la boleh pakai macam-macam baju. Macam-macam baju yang lawa-lawa boleh pakai. Jadi ditakdirkan aku pun berkawinlah, memanglah paling aku suka dapat kawin dengan lelaki yang aku cintai dan rasa dah bersedia.Bila orang tanya dah bersedia ke, aku jawab dahhhhhhhhh.Dan menambah manis perkahwinan aku tu, aku dapat tukar-tukar baju dari hari Rabu sampai hari Ahad..perghh memang la penat giler.Sampai nak muntah tukar-tukar baju, tak cukup rehat, tak cukup makan.Makan memang ibu aku control supaya atas pelamin nanti takde la perut meragam..
Tapi tau tak, adakah korang semua betul-betul bersedia?Maksud bersedia dari apa yang aku rasa aku patut share ngan korang ialah, perkongsian hidup antara suami dan isteri secara zahir dan batin, termasuk dari segi perasaan, understanding, kejujuran, kepercayaan, kewangan dan ada pecahan-pecahan lain yang korang takkan jangka contohnya gangguan orang ketiga. Bila kata orang ketiga ramai kata pompuan lain atau lelaki lain yang cuba kacau pasangan kita.Tapi ada jugak gangguan secara halus, gangguan halus oleh ibu bapa sendiri sebab anak-anak sentiasa menganggap parents mereka parents terbaik dalam dunia. Ada suami tak suka kalau kita komen parents dia, macam kita pun tak suka suami komen parents kita.Bukan parents dia pun yang jaga kita sampai dapat buatkan majlis untuk kawinkan kita ngan pasangan kita. Tapi itu pucuk pangkal hati. Dalam hal ini penggunaan akal sangat penting.Kedua-dua pihak kena bijak tangani supaya tak ada yang kecil hati tapi macamanapun perasaan kecil hati, jauh hati, terasa sedikit sebanyak pasti ada.Tipu kalau korang kata korang tak jeles.
Tau tak, kasih sayang, kepercayaan dan wang adalah faktor utama untuk membina keluarga bahagia?Ada jugak yang masih kata duit tak penting, yang penting cinta. Sebenarnya dua-dua sama penting.Boleh ke korang bahagia kalau beras dalam rumah dah tak ada?Ibu aku selalu pesan, beras jangan tunggu habis baru nak beli, memang dah jadi kebiasaan aku beli beras 2-3 beg untuk simpanan kat umah.Sebab tu aku pelik bila ada org kata takde beras lagi kat umah.Alhamdulillah aku sempit macamanapun, duit dah abis sebelum masa, tapi ada gak beras, cili, garam, gula kat rumah.Suami isteri sebenarnya kena ada komunikasi.Jangan bagi satu pihak sahaja yang memerintah dan seorang lagi menurut.Biasanya yang menurut tu, isteri lah..tapi ada juga yang menurut tu suami.Apapun pendapat pasangan kita kena tolak ansur, tolerate. Begitu juga kalau cerita bab duit, kita kena monitor perbelanjaan dalam rumah, jangan main lantak je.Bila poket dah kering, masing-masing akan timbul rasa marah.Orang yang selalu marah ialah orang yang takde duit.Bila dah marah, jadi le kawan syaitan, maka porak peranda la rumah. Ini contoh untuk orang yang berpendapatan rendah, lainlah orang yang berpendapatan tinggi dan ada simpanan yang banyak.Kalau duit dah banyak pulak, lain pulak cerita, ya tak..tepuk dada tanya iman.
Kepercayaan, itu bagi aku sangat-sangat penting..weiii..kalau takde trust ni, baik korang jangan kawin la walau tinggi gunung cinta korang. Kalau asik tuduh tu tuduh ni, sangka tu sangka ni..lupakan la..cari yang lain!Buat pening kepala, buat sesak dada kalau bila tiap2 kali nak kemana-mana nak kena inform, ehh..nak mandi pun nak kena inform ke.Kalau belum kawin konon-konon sweet, lepas kawin rasa rimas le pulak!
Perasaan curiga perlu ada, sedangkan lidah lagi tergigit.Kalau rumahtangga tu asyik best je, semua baekk jer..kena hati-hati jugak, mesti ada tak kena.Nak dicerita pasal alam rumahtangga ni, sangat-sangat complex dan tak akan abis selagi ada nyawa dikandung badan.
Nak jadi pasangan yang baik kepada pasangan kita,bukan dalam tempoh yang singkat.Aku tak percaya kalau korang yang baru setahun jagung kawin kata korang paham sangat ngan pasangan korang. Baru kawin setahun dah pandai nak nasihat orang contohilah dia.Bagi aku sendiri, setelah 14 tahun berkawin, baru sekarang aku kenal luar dan dalam suami aku sepenuhnya.Begitu juga suami terhadap aku.Untuk mengenali hati dan budi pasangan kena ambil masa. Sebab tu banyak pertelingkan pendapat berlaku sedangkan benda tu boleh diselamatkan, tapi disebabkan ego, banyak rumahtangga terkorban, anak-anak jadi mangsa.
Jadi, renung-renungkan lah..belajar yang baik jadikan pedoman, yang tak baik tu jadikan sempadan. Ada satu petua untuk korang, insyallah kalau percaya lah..tiap kali pasangan kita tidur, kita bisikkan kata-kata hikmat kita kat ubun-ubun dia.Tapi aku jarang dapat buat sebab aku selalu tido dulu, hehehe..agaknya suami yang bisikkan.
contoh keluarga bahagia
Selamat menempuh alam rumahtangga, selamat melalui alam rumahtangga, selamat mengukuhkan rumahtangga!

2 ulasan:

  1. hmm dah mcm pakar motibasi keluarga plak ..betul tu nk kawin bkn sehari dua bertahun2 naaakk..renung2kan dan selamat beramal :)

    BalasPadam
  2. petua :- sebelum kawen..kene soley2 dulu....baru idop bahagia....wahhhh.....muarksss2.....

    BalasPadam