Tadi tengok boss, jab sendiri insulin kat perut dia..aduh ngilu tengok..tp tengok dia selamba badak je...
jadi apa kata aku share2 skit info ni untuk kita semua..:-
Tanda-tanda awal kencing manis boleh di kesan melalui jika:
- Keluarga anda mengidap penyakit kencing manis
- Anda berusia 35 tahun dan mempunyai masalah berat badan
- Anda kerap kencing daripada biasa
- Anda sentiasa dahaga dan lapar
- Jika terluka atau tercedera, lambat untuk sembuh
- Anda kerap mengalami jangkitan dan kegatalan di bahagian kemaluan
Kita orang Malaysia memang dah biasa makan benda manis-manis, kalau tak manis..tak manis la kehidupan, jadi kita monitor lah pemakanan kita ya..Selamat Beramal!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan