Isnin, 18 April 2011

Melayu jadi Mekasa..boleh?

Hari ini tetiba je rasa sayuuuuuuuuuuuuu sangat dengan sikap orang Melayu kita. Semakin lama ada yang semakin sombong, semakin lupa diri, lupa asal usul. Dah lupa ke dengan perjuangan datuk nenek kita dulu-dulu macamana nak selamatkan Tanah Melayu dulu?Kita bukan hidup menumpang di bumi orang, kita bukan hidup berhijrah dari negara lain ke ke Tanah Melayu.Kita ada negara kita sendiri.Semua hasil bumi ada, sampaikan macam-macam bangsa dan negara datang nak jajah Tanah Melayu masa tu. Tapikan..aku tengok, aku perati je..aku fikirlah kan...sampai bila negara Malaysia yang kita cintai ini akan kekal di perdana menterikan orang melayu?Aku pun taklah pandai politik, tapi aku tengok dari sudut hati dan akal aku sendiri.Even sekarang pun ada yang cuba untuk menidakkan keistimewaan Melayu. Orang yang menidakkan tu pun orang melayu kita jugak. Apa dah jadi?Apa nak jadi?Kat Malaysia, apa yang aku tahu tanah Melayu kita ni, orang yang paling kaya ialah orang Cina.Dalam sepuluh terkaya kat Malaysia pun ada sorang je Melayu yang kaya.Alhamdulillah.Tapikan, jauh sudut hati aku, aku takut sangat sebab bangsa lain lebih kuat dari segi politik, kaum dan economically tak usah cerita lah. Kita nampak bangsa lain ni macam kasar je kan, tapi diorang ni dengan bangsa diorang sendiri diorang sangat bersatu dan kuat.Tapi orang kita ni je, cuba tengok macam-macam parti dah ada.Bermakna orang melayu sendiri tak satu hati.Bangsa lain tengok kita gelak aje.Dalam baik diorang sokong kita tp dalam baik diorang bina kekuatan bangsa diorang.Tak mustahil satu hari nanti Malaysia boleh jadi cam Singapura tapi aku berdoa sangat jangan la sampai jadi macam tu.nauzubillah!Tak kira apa pandangan politik kita sebagai orang Melayu tapi tolonglah bersatu, kuatkan lah balik semangat Melayu kita..atau perlu ke kita tukar Melayu tu jadi Mekuat?atau Megagah?atau Mekasa?Mekasa pun best shortform Melayu Perkasa..betul tak..hmmm..Jom kita tengok kat sini saper yang kaya kat Malaysia ni :-

http://beritasemasa.com/terkini-senarai-orang-terkaya-di-malaysia-2011
   
Lepas ni kita renung-renungkan, fikir dalam-dalam, kita orang Melayu tak berapa nak kaya dalam Malaysia ni, (akupun tak kaya..boleh dikatakan golongan berpendapatan rendah) tapi sebenarnya kita kaya budi bahasa, kita kaya adat resam, kita kaya tolong menolong, kita kaya kesopanan dan macam-macam lagi perkara-perkara murni yang pada pendapat aku tak ada pada bangsa lain.Tapi dah sah-sah kita tengok bangsa lain dah bina aset kat negara Melayu kita ni, tapi kita orang Melayu asik bergaduh sesama sendiri, bangsa lain dok gelak ramai-ramai kat tepi tu. Kalau ada yang berjaya pulak, ada je yang dengki. Bila dah kaya pulak menyombong. Dah mula taknak campur ngan golongan bawahan.(sambil tu menasihat dan mengingatkan diri juga).Percaya tak sekarang pun sikit-sikit orang cina dah beli aset kita, contoh cam tanah rezab melayu, projek, asb(jangan tak caya ya..).Lama-lama aku takut takde Malaysia satu hari nanti, aku takut takut esok takde Jalur Gemilang. Aku ada satu lirik lagu untuk korang hayati..kalau tau lagunya, nyanyi la sekali.Aku first time nyanyi lagu tu masa umo aku 10 tahun, masa tu ada camp untuk Kelab Teater kat Melaka.Sampai sekarang kalau nyanyi aku rasa sayu je.

Warisan (Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Janganlah buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuska sengketa
Teruskan usaha
Kitakan gagah di nusantara
Kitakan gagah di nusantara
Kitakan gagah di nusantara
Kitakan gagah di pentas dunia

1 ulasan:

  1. bila la aku nak kaya ni....
    tokei gula dah jadik org terkaya...aku tokei gula merah....lambat beno nak kaya....

    BalasPadam