Selasa, 5 April 2011

5 APRIL 2011

Hari ini 5 April 2011, genap setahun umur satu-satunya baby girlku, Dhia Arissa Imaan binti Zamani.Mama cuma nak Dhia jadi anak solehah dan beriman, jaga kehormatan diri dan menjadi insan yang mulia dunia akhirat, amin.Nenek pun ada sms, nenek tulis, "Assalamualaikum pda smua, trutama cucunda Dhia Arissa Imaan Sayang, slamat mnymbuit ulang tahun kelahiran, doa nenek smoga dhia sentiasa sehat,cantik,ceria dan membesarmu pnuh dngan keimanan amin!"

Hari ini jugak, anak keduaku, Muhammad Adzeem Zamani ada perlawanan hoki peringkat sekolah di Stadium Hang Jebat. Terkilan jugak sebab mama tak dapat tengok adik berlawan sebab lately mama dah banyak ambik leave, sampai tolak gaji tapi takpe, mama wakilkan abah tengok ya.Adik pakai kasut baru mama beli semalam ngan abah kat Al-Ikhsan.Baru kejap abah called mama kata kat stadium ramai orang...meriah!bertambah ralat mama dengar.Mama suh abah tengok adik lawan, bagi support kuat-kuat kat adik!

Hari ini jugak, anak sulungku, Muhammad Mirza Zamani, masuk kelas semula di MRSM Alor Gajah setelah mendapat mc akibat demam dan selsema. Mama tau abang kuat dan memang mama tau sangat abang boleh berdikari, insyallah. Belajar rajin-rajin, study smart, jadi anak yang boleh mama dan abah harapkan. Paling-paling pun bantu diri sendiri, majukan diri bukan untuk siapa, untuk diri sendiri juga, sekaligus menyenangkan mama dan abah.

Hari ini jugak, anak ketigaku, Muhammad Diniy mesti suka tengok abah dia ada kat rumah, boleh buatkan dia susu lepas balik sekolah. Kesian Diniy, hari-hari balik sekolah kena survive sendiri pada umur 7 tahun, semua perkara boleh katakan dia survive.Cuma risau jugak keselamatan dia.Apa yang mampu berdoa dan tawakal pada Allah swt.




3 ulasan:

  1. Aminn...meleleh air mata aku bacer.....uhukksss..

    BalasPadam
  2. Arissa dah besar ..genap setahun ada dia minta adik lagi ke hahaha :P itu lah pengorbanan seorg yg bergelar mama ecehh nak bermadah plak ..

    BalasPadam
  3. aduh..sakit beranak belum ilang

    BalasPadam