Khamis, 7 April 2011

Makanan untuk baby setahun ke atas

Minggu lepas Arissa demam lebih dari 2 hari, temperature naik almost 40 degree.Bila dah sihat, aku masak semula bubur favorite dia, bubur + ayam + kentang + carrot. Kebiasaannya dia akan makan lebih dari 10 sudu baby tu, tp kali ni dia makan skit je..siap tepis-tepis ngan tangan dia. Ishh..aku mula la risau, kenapa taknak makan pulak, akupun taste le..eh ok je..suap dia lagi pun sama jugak dia tak nak.Akupun ngan hampa letak mangkuk bubur ke dapur, buat la dia susu + nestum beras sebagai ganti makan dia.
Sejak tu mmg dia kurang nak makan, badan pun dah susut. Aku ingat nak tukar lah menu untuk Arissa, agaknya dah jelak kot.Aku try la jejak-jejak menu untuk Arissa makan dalam internet;

Makanan Yang Sesuai

Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan pertama bayi ialah

* Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
* Pisang lenyek
* Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
* Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
* Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa




ANTARA RESEPI-RESEPI:-...(ambik mana yang logik je..)

#1
* 2 sudu besar beras.
* 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
* 1 pokok sawi dipotong kecil
* 1/2 batang lobak merah dipotong kecil
* Sedikit kiub ayam tanpa msg
* Sedikit garam
* Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
* Sedikit santan
* Sedikit isi ayam yang dicincang
* Sedikit daging yang dicincang
* 500 ml air
* Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

1. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
2. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging
3. Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.
4. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi anda


#2
sedikit beras
ikan merah/tenggiri/bawal/
sedikit halia
seulas bwg putih
kentang/carrot/brokkolo/kubis bunga
sedikit daun sup/ daun bawang

Cara-cara


panaskan minyak
tumis bwg putih dah halia hingga naik bau
masukkan isi ikan
masukkan beras yg sudah di cuci bersih
masukkan kentang / brokolli/carrot (ikut suka)
masak sampai beras masak
taburkan sedikit daun bwg/sup...

utk perasa, gunakan ikan bilis yg di blender, tabur sedikit masa nak suap baby.
sedap....

 #3
Bahan-bahan

* 1 cawan jus
* 1 cawan tepung
* 1 cawan bijirin segera bayi

Cara membuatnya

* Campurkan semua bahan
* Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
* Bakar 20-30 minit pada suhu 350�F (175�C).
* Bolehdibekukan


#4
Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kiub daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa


#5

Ada satu resepi aku sendiri:-

Bahan-bahan:

Bawang putih (hiris-hiris)
Bawang besar(hiris-hiris)
Air
Mi sua (rendam)
Telur ayam

Cara-cara

Tumis bawang putih dan besar
Bila naik bau, masukkan air
Masukkan mi sua
Pecahkan telur ke dalam kuah yang hampir nak mendidih
Bubur garam skit jer.


contoh

carta makanan untuk baby

OK selamat mencuba..!

3 ulasan:

  1. wah dah nak jadi chef plak ..hmm tapi bagus gak ada idea nk bagi mia makan bubur ..yum yum

    BalasPadam
  2. samalah ngan anak eika akak....seminggu nie dia asyik xsihat jew...semalam eika bawa gie klinik...doc ckp cuma demam biasa jew...asal tengah mlm menti dia merengek nangis..risau eika...nnti ika cuba resepi akak nie...thanks

    BalasPadam
  3. cuba je, lepas baik demam mmg anak kita nak makan.kita pelbagaikan aje.

    BalasPadam