Jumaat, 29 April 2011

Cegah sebelum parah..!

Biasanya hari jumaat bila rehat dua jam aku memang balik umah balun tido.Tapi hari ni tak balik, sebab tak boleh nak balik, nak balik pun memang tak boleh balik..sebab kereta suami guna untuk pick up Mirza dari asrama. So pagi tadi keje mintak tolong adik ipar hantarkan.Yang follow sekali, ibu ngan anak-anak buah, Damia n Hasiff. Ibu dapat cuti seminggu dari abah so dapat la bincang topik2 terhangat di pasaran..hehee

Jadik apa lagi..!, kebetulan zack pun tak balik break dua jam ni, kitorang pun lepaklah kat ofis.Dalam lepak2 sempat bercerita pasal family planning. Aku kalau boleh memang nak plan baekk punya supaya tak termengandung lagi.Maklum le, umor dah meningkat remaja senior..hehehe..rasa-rasanya dah cukup-cukup lah dengan 4 anak, 3 lelaki, 1 girl. Kira ok la, kalau angkat meja tu, dah stabil!

Sebelum ni memang aku sumpah tak pernah makan pun pil perancang!Pandai-pandai sendiri je.Aku tengok ada tiga empat jenis cara nak plan, antaranya Pil, Kondom,Suntikan, IUD, IUS (apa tu?), Implan. Hishhh..seram je dengar especially IUD.

Aku ingat nak ambik Pil Yasmin, sebab tengok ramai yang rekemen pil ni.Kebaikannya tidak ganggu berat badan, period tak terganggu, hormon tak terganggu dan boleh cantikkan kulit kita.Dan seterusnya terus disayangi suami..hehehe..muah muah muah!!! Harga nya mmg mahal skit tapi takpe kot, bukan apa ini untuk kesenangan dan kebahagian kita dan suami kita..!!!Bukan apa, aku nak jaga balik prestasi balik, nak naikkan saham balik, nak tambah kualiti kehidupan...ya, lagi sekali, bukan untuk sesiapa yaaa..untuk suami kita!! Lagipun aku risau sebab sejak berat badan meningkat ni, buat aku sakit kepala memikirkan.Jadi, aku nekadlah nak guna Yasmin. Time anak dara dulu 45kg, lepas salin sulung, jadi 51kg, salin anak no 2, jadi 52kg, salin anak no 3, naik 56kg..masuk anak no 4..ya ampunnnnnnn!!! naik 64kg..cer citer cer citer!

Untuk yang belum kawin, jangan salah guna ya, nikah dulu sebelum kawin.Untuk yang dah kawin and kawal-kawal production, plan betul-betul..jangan dah jadi baru nak fikir camner nak  buang.Astaga..dosa tau tak! Kalau dah kawin tapi takde anak, tak payah la rancang camni, buat apa kawin kalau nak rancang unless sebab-sebab yang logik Dah tu, esok lusa bila nak anak,  Allah tak bagi jalan baru nak nyesal. Hmm macam aku ni, rasanya dah masa manjakan diri, manjakan suami.Masa untuk tengok anak-anak membesar, selain menanti Arissa bertatih ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan